Liputan oleh majalah Entertainment Weekly menonjolkan 10 gambar eksklusif dan fakta penting tentang filem prekuel MCU, CAPTAIN MARVEL yang anda perlu tahu sebelum menontonnya di panggung layar nanti.

Fakta #1: Alpha Dan Omega

CAPTAIN MARVEL bukan sahaja filem adiwira solo Marvel Cinematic Universe (MCU) yang pertama untuk menonjolkan watak wanita utama, ia juga diarah oleh direktor wanita pertama dalam dunia MCU – Anna Boden!

Ia juga akan memperkenalkan penonton kepada adiwira dunia MCU yang paling berkuasa – Carol Danvers a.k.a. Captain Marvel didalam era MCU yang belum pernah diterokai sepenuhnya: zaman 1990an.

Fakta #2: Starforce

Filem ini lain daripada filem-filem solo adiwira sebelum ini kerana ia mengelak struktur cerita asal yang klise – bagaimana Carol Danvers mendapat kuasanya? – dan terus memulakan cerita CAPTAIN MARVEL di pertengahan jalan.

Pada permulaan filem ini, Carol telah meninggalkan hidupnya dibumi untuk menyertai sebuah pasukan tentera elit seluruh cakerawala bernama STARFORCE yang berpusat di planet asalnya Empayar makhluk asing berbangsa Kree – HALA.

Pasukan elit Starforce dianggotai Carol Danvers (Brie Larson), Korath (Djimon Hounsou), Minn-Erva (Gemma Chan) serta makhluk asing berbangsa Kree yang lain.

Fakta #3: Seorang Mentor Yang Misteri

Pelakon Jude Law menyandang watak sebagai komander kepada tentera elit Starforce, yang memainkan peranan mentor kepada Carol Danvers.

“These extraordinary powers she has, he sees them as something of a blessing and something that she has to learn how to control. That’s a motif throughout the piece, the element of learning to control one’s emotions and to use your powers wisely.”
— Jude Law on CAPTAIN MARVEL

Fakta #4: Anasir Hijau Secakerawala

Filem CAPTAIN MARVEL juga akan memperkenalkan antagonis MCU yang paling terkutuk sekali – makhluk asing berbangsa SKRULLS !

Pelakon Ben Mendelsohn akan memainkan watak ketua Empayar makhluk asing Skrulls – TALOS, yang kelihatan dengan jelas kehijauannya didalam gambar ini.

Namun, Talos juga mempunyai adalah talam dua muka yang mempunyai muka kedua…

Fakta #5: Talam Dua Muka Bermuka Dua

Semua peminat tegar Marvel Comics arif dengan pengetahuan bahawa bangsa makhluk asing Skrulls adalah durjana secakerawala kerana kebolehan mereka untuk mengubahsuai bentuk dan jantina mereka menjadi apa-apa sahaja makhluk di cakerawala ini.

Di bumi pada zaman 1990-an, makhluk asing Skrulls telah menyelinap ke dalam masyarakat umum manusia – contohnya watak Talos lakonan Ben Mendelsohn telah menyamar sebagai seorang ejen S.H.I.E.L.D.!

Fakta #6: Kepulangan Watak-Watak Kree

Peminat tegar MCU yang telah berjumpa dengan bangsa makhluk asing, Kree dari filem GUARDIANS OF THE GALAXY semestinya mengenali dua watak yang kembali untuk filem prekuel ini — Korath (lakonan Djimon Hounsou) dan Ronan the Accuser (lakonan Lee Pace).

Dalam filem GUARDIANS, Ronan adalah seorang pariah yang dibuang negeri kerana pandangan ekstrimisnya – tetapi dalam prekuel ini, dia masih seorang ahli masyarakat Kree yang dihormati dan diagung-agungkan.

Fakta #7: Era Emas ’90-an

Filem CAPTAIN MARVEL adalah sebuah prekuel kepada dunia MCU kerana ia berlatarkan zaman 1990-an – penuh dengan fesyen dan budaya Rock ‘n’ Roll dari era tersebut – berdasarkan t-shirt Nine Inch Nails dan jaket kulit yang dipakai oleh Carol!

Fakta #8: Fury 1.0!

CAPTAIN MARVEL adalah penampilan pelakon Samuel L. Jackson yang ke-9 sebagai watak Nick Fury, tetapi ini adalah versi Fury yang termuda sekali – hanya seorang ejen S.H.I.E.L.D. level macai (yang belum pernah berjumpa dengan mana-mana adiwira lagi).

Yang paling mengejutkan sekali adalah kehilangan ‘trademark eyepatch’ watak ini. Ada kebarangkalian besar yang kita akan dapat menonton siapa yang mencederakan sebelah daripada mata Fury dalam filem prekuel ini!

Fakta #9: Perajurit Angkasa dan Angkasa Lepas!

Sebelum menyandang peranan sebagai CAPTAIN MARVEL lagi, watak Carol Danvers sememangnya adalah seorang perajurit angkasa yang bertugas sebagai juruterbang angkatan udara Amerika Syarikat.

Untuk bersedia bagi watak ini, pelakon Brie Larson menjalani ‘boot camp’ bersama juruterbang angkatan udara Amerika Syarikat yang benar sebelum penggambaran untuk prekuel ini bermula.

Fakta #10: Marvel 2.0!

Filem prekuel ini juga memperkenalkan pelakon Lashana Lynch sebagai watak Maria Rambeau, seorang kawan baik Carol dan juga juruterbang tersohor dengan nama timangan “Photon” – yang juga ibu tunggal kepada seorang anak perempuan bernama Monica.

Kepada peminat tegar komik Marvel, nama Monica Rambeau amat terkenal sekali kerana watak ini terbit dalam komik The Amazing Spider-Man Annual isu #16 sebagai adiwira bernama ‘Photon’ – yang akhirnya menyandang nama Captain Marvel dan menjadi seorang ahli Avengers pada era Marvel Comics zaman ’80-’90an!

Adakah ini bermaksud bahawa Monica Rambeau bakal diperkenalkan dalam sekuel CAPTAIN MARVEL nanti?

Filem CAPTAIN MARVEL bakal menemui anda di pawagam seluruh Malaysia pada 7 Mac 2019.

#CaptainMarvel #Top10Facts #ExclusivePictures #EntertainmentWeekly #BuzzPopTV

(Sumber: @EW)

0 Shares:
You May Also Like