#TriviaFilem – 10 Imej Tertiris Dari THE NEW MUTANTS Menonjolkan Adaptasi Komik DEMON BEAR SAGA Yang Setia

THE NEW MUTANTS

“This isn’t a hospital. It’s a cage!”

Illyana Rasputin, THE NEW MUTANTS, (2020).

Majalah Cinefex isu 170 mentiriskan 10 imej terbaru daripada filem THE NEW MUTANTS yang sudah tertangguh tarikh terbitnya sebanyak 4 kali setakat ini, dan mungkin akan disiarkan terus melalui pelantar Video-On-Demand (VOD) ketika musim kuarantin sedunia kerana wabak pandemik Covid-19 (Coronavirus):

  • VIDEO ONE DEMAND (VOD)? – Laman Twitter gempar pada 5 Mei 2020 apabila admin akaun @trailertrack, @antonvolk metularkan bahawa laman Amazon Prime Video kini mengiklankan filem THE NEW MUTANTS boleh di-pratempah sebagai VOD dengan harga US$24.99 di Amerika Syarikat dan harga UK£13.99 di United Kingdom. Sejurus selepas berita ini viral, laman Amazon menambah penyataan tersebut di laman mereka: “Our agreements with the content provider don’t allow purchases of this title at this time.”
  • ADAPTASI YANG SETIA – Berdasarkan 10 imej yang tertiris daripada majalah Cinefex isu 170 ini, amat jelas sekali bahawa pengarah Josh Boone (The Fault In Our Stars, The Stand) telah berjaya menyulamkan elemen genre seram dengan formula penceritaan adiwira ke dalam filem THE NEW MUTANTS yang diinspirasikan oleh arka cerita ‘The Demon Bear Saga’ daripada komik THE NEW MUTANTS #18-20 nukilan penulis legenda Chris Claremont dan artis berbakat Bill Sienkiewicz (Ogos 1984).
  • TERTANGGUH SEBANYAK 4 KALI! – Untuk pembaca yang tidak arif, studio 20th Century Fox telah menangguhkan tarikh terbit bagi filem adiwira ini sebanyak 4 kali sebelum ini, kerana pelbagai masalah disebalik tabir produksi –
    • 13 April 2018 – terkesan dengan kejayaan IT: CHAPTER ONE (reshoots)
    • 22 Februari 2019 – bercanggah dengan filem DEADPOOL 2
    • 2 Ogos 2019 – bercanggah dengan filem X-MEN: DARK PHOENIX
    • 2 April 2020 – terkesan dengan wabak pandemik Covid-19
    • Adakah VOD di Amazon Prime Video nasib terakhir untuk filem ini?
  • LEGASI DUNIA X-MEN 20TH CENTURY FOX – Selepas proses penggabungan di antara studio Disney dengan Fox berakhir pada 19 Mac 2019, pengarah Josh Boone berjaya mendapat keputusan ‘Final Cut’ kembali untuk filem ini dan mengesahkan bahawa versi filem ini yang bakal ditayangkan adalah versi asal tanpa apa-apa tambahan seperti yang mula-mula dimandatkan oleh Fox!
  • #Komen5KupangKu – Berdasarkan 10 imej yang tertiris daripada majalah Cinefex isu 170 ini, aku teruja untuk melihat watak Illyana Rasputin (adik perempuan kepada ahli X-Men, Piotr “Peter” Nikolayevich RasputinColossus) bakal beraksi dengan pedang Magik-nya untuk menumpaskan Demon Bear di dunia Limbo! Selepas 20 tahun francais X-Men dibawah 20th Century Fox…akhirnya dunia X-Men bakal menonjolkan kepelbagaiannya dengan dunia THE NEW MUTANTS… Moga-moga Feige akan terus menonjolkan kepelbagaian dunia X-MEN daripada dunia purba dibawah benua Antarika – Savage Land kepada empayar angkasa – Shiar Empire serta wabak makhluk asing – The Brood, istana Magneto yang mengorbit bumi – Asteroid-M dan kepulauan penuh celaka – Madripoor!

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan filem THE NEW MUTANTS dan dunia X- MEN di:

Apakah harapan anda untuk filem THE NEW MUTANTS yang sudah ditangguhkan sebanyak 4 kali sebelum ini dan mungkin disiarkan secara VOD melalui pelantar penstriman Amazon prime Video nanti?

Bincangkan.

1 Shares:
You May Also Like