#TriviaTV – 15 Produksi Siri TV Hollywood Yang Terjejas Kerana Coronavirus

“This is the first time every aspect of entertainment – amusement parks, cruise ships, Broadway, TV, motion pictures – and every (TV) platform, streaming, basic cable and network, has been affected. That’s what makes it extraordinarily unprecedented.”

— Tom Nunan, UCLA School of Theater, Film and Television, (2020).

Seminggu selepas pengumuman bahawa acara-acara global seperti konvensyen industri permainan video E3, festival filem SXSW dan konvensyen pemilik pawagam CinemaCon telah dibatalkan; kini studio-studio Hollywood pula mengumumkan penggantungan produksi pelbagai siri TV kerana wabak Covid-19 (Coronavirus).

Lebih daripada 100 produksi siri TV kini terbengkalai di Hollywood minggu lepas akibat wabak Covid-19 (Coronavirus). Ini adalah 15 produksi siri TV pilihan kami yang mungkin terggangu tarikh terbitnya pada lewat tahun 2020 dan awal tahun 2021 nanti:

DISNEY+ // THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER, WANDAVISION, LOKI

Siri-siri TV Disney+ yang terkesan dengan wabak Covid-19 (Coronavirus): THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER musim pertama, WANDAVISION musim pertama, LOKI musim pertama.

Pada Sabtu, 14 Mac 2020, pihak Disney telah menghentikan produksi bagi tiga siri TV Marvel Studios untuk pelantar penstriman Disney+: THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER, WANDAVISION, LOKI.

Sesi penggambaran untuk siri TV Disney+ WANDAVISION telah pun berakhir dua minggu lepas dan sedang di dalam fasa pra-produksi – yang kini tertangguh kerana wabak Covid-19 (Coronavirus). Siri TV Disney+ LOKI yang bakal memulakan produksinya bulan ini di Atlanta pula, juga tergendala untuk sementara waktu.

WANDAVISION Wrap Party
WANDAVISION Wrap Party

Sesi penggambaran siri TV Disney+ THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER yang kini di Prague, Czech Republic adalah produksi Marvel Studios yang paling bermasalah setakat ini. Pada bulan Januari 2020, produksi terbengkalai kerana malapetaka gempa bumi di lokasi Puerto Rico. Mereka pulang ke Atlanta sebelum bergerak ke Prague yang kini mengalami perintah darurat akibat Covid-19 (Coronavirus). Oleh sebab itu, produksi terpaksa pulang ke Atlanta kembali, sementara penangguhan ini berkuat kuasa.

Siri-siri TV Marvel Studios untuk pelantar penstriman Disney+ yang masih di dalam fasa pra-produksi (WHAT IF?, HAWKEYE, MOON KNIGHT, MS. MARVEL, SHE HULK) akan diteruskan untuk sementara waktu ini melalui kaedah remote work.

NETFLIX // THE WITCHER, STRANGER THINGS, LUCIFER

Siri-siri TV Netflix yang terkesan dengan wabak Covid-19 (Coronavirus): THE WITCHER musim ke-2, STRANGER THINGS musim ke-4, LUCIFER musim ke-5.

Syarikat Netflix telah mengumumkan penangguhan selama 2-minggu untuk kesemua produksi filem dan siri TVnya di Amerika Syarikat dan Kanada mulai 13 Mac 2020 sebagai tindak balas kepada sekatan kerajaan dan langkah pencegahan kesihatan dan keselamatan – yang menyebabkan produksi LUCIFER musim kelima terjejas sekali.

Produksi THE WITCHER musim kedua yang kini sedang menjalani sesi penggambaran di United Kingdom ditangguhkan selama dua minggu mulai 15 Mac 2020. Produksi STRANGER THINGS musim keempat yang bermula di Lithuania pada bulan Februari 2020 dan kini sepatutnya disambungkan di Atlanta serta New Mexico juga ditangguh selama 2-minggu.

Jika penangguhan ini berterusan melepasi bulan April 2020, siri TV Netflix THE WITCHER mungkin tidak sempat disiarkan pada bulan Disember 2020 seperti pelan asal, manakala STRANGER THINGS pula mungkin diterbitkan pada tahun 2021.

The CW // BATWOMAN, THE FLASH, SUPERGIRL

Siri-siri TV Disney+ yang terkesan dengan wabak Covid-19 (Coronavirus): BATWOMAN, THE FLASH, SUPERGIRL.

Mulai 13 Mac 2020, pihak The CW telah menghentikan produksi bagi siri TV Arrowverse BATWOMAN, THE FLASH dan SUPERGIRL di Vancouver, Kanada. Masih tiada indikasi daripada Warner Bros Television bila produksi akan bermula kembali.

“With the rapidly changing events related to COVID-19, and out of an abundance of caution, Warner Bros. Television Group is halting production on some of our 70+ series and pilots currently filming or about to begin.”

“The health and safety of our employees, casts and crews remains our top priority. During this time, we will continue to follow the guidance of the Centers for Disease Control as well as local officials and public health professionals in each city where our productions are based.”

Sumber: WarnerBros Television

HBO MAX // BARRY, SUCCESSION, SNOWPIERCER

Siri-siri TV HBO MAX yang terkesan dengan wabak Covid-19 (Coronavirus): Barry musim ke-3, SUCCESSION musim ke-3, SNOWPIERCER musim pertama.

HBO telah memberhentikan produksi siri TV BARRY musim ketiga dan SUCCESSION musim ketiga mulai 13 Mac 2020, termasuk THE RIGHTEOUS GEMSTONES musim kedua dan EUPHORIA musim kedua. TNT juga telah memberhentikan produksi bagi siri TV SNOWPIERCER musim pertama yang dipelan untuk disiarkan melalui pelantar penstriman HBO MAX lewat tahun ini.

“In response to the global emergency related to COVID-19, we are working closely with our creative teams to assess the status of each of our series in accordance with the guidelines from the Centers for Disease Control and Prevention, as well as local health and government officials.”

“We will suspend production on some of our series currently filming and will delay those scheduled to start imminently. The health and safety of our employees, casts and crews is our number one priority.”

Sumber: WarnerMedia

AMAZON PRIME // LORD OF THE RINGS, CARNIVAL ROW, WHEEL OF TIME

Siri-siri TV HBO MAX yang terkesan dengan wabak Covid-19 (Coronavirus): LORD OF THE RINGS musim pertama, CARNIVAL ROW musim kedua, WHEEL OF TIME musim pertama.

Produksi musim pertama siri TV Amazon Prime LORD OF THE RINGS sebanyak 800 orang di New Zealand telah menerima memo pada 13 Mac 2020 yang menggesa mereka untuk tidak datang bekerja pada hari Isnin, 16 Mac 2020. Masih tiada pelan setakat ini bila Amazon akan menyambung sesi penggambaran bagi musim pertama siri TV fantasi ini.

“In an abundance of caution, LORD OF THE RINGS has suspended production for the next two (2) weeks commencing Monday, March 16.”

“This is done in an environment where travel restrictions directed at the control of Covid-19 are issued daily by New Zealand and most other countries. Do not report to the set or to the studio without the express permission of your supervisor.

“This is to minimise stress on the resources and infrastructures around us by doing our part to reduce population density in our communities and daily activities, in efforts to help reduce the spread of the virus. We will provide updates as we continue to evaluate trends and developments.”

Sumber: GSR Productions

Produksi musim kedua siri TV Amazon Prime CARNIVAL ROW dan musim pertama WHEEL OF TIME di Prague, Czech Republic juga tergendala kerana pandemik Covid-19 mulai 12 Mac 2020.

#Komen5KupangKu – Dengan pelbagai produksi siri TV diberhentikan kerana wabak Covid-19 (Coronavirus), ada kemungkinan kebanyakkan siri TV yang sepatutnya diterbitkan pada lewat tahun 2020 akan ditangguhkan kepada tahun 2021. Ini mungkin tidak bermasalah bagi pelantar penstriman, namun untuk saluran TV- ini mungkin menimbulkan masalah ketika sesi siri TV musim luruh nanti (September 2020)!

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik Hollywood dan wabak Covid-19 (Coronavirus) di:

#SoalanCepumas

Apakah pendapat anda tentang penangguhan pelbagai siri TV di Hollywood minggu lepas?

Bincangkan.

1 Shares:
You May Also Like