Temui 7 Watak-Watak Filem THE GENTLEMEN

THE GENTLEMEN

“There once was young and foolish dragon, who came to ask a wise and cunning lion about acquiring his territory. The lion, he wasn’t interested. So he told the little dragon to fuck off. The dragon, he persisted.”

— Matthew McConaughey, THE GENTLEMEN, (2020).

Pengarah Guy Ritchie (LOCK STOCK AND TWO SMOKING BARRELS, SNATCH) yang popular dikalangan penonton zaman sekarang dengan filem-filem komersial seperti ALADDIN dan francais SHERLOCK HOLMES, kembali kepada genre yang mula-mula menaikkan namanya di Hollywood sebagai pengarah aksi setanding dengan Quentin Tarantino pada lewat era ’90-an dulu – genre komedi jenayah yang berkisarkan kota London melalui filem terbarunya – THE GENTLEMEN.

  • Memaparkan barisan pelakon veteran yang penuh berbakat daripada Matthew McConaughey kepada Hugh Grant serta Eddie Marsan dan Colin Farrell – Ritchie kembali merealisasikan visinya untuk kota London daripada pandangan kancah penjenayah disebalik tabir metropolis moden ini.
  • Wajah-wajah baru seperti Henry Golding yang mula menempah nama melalui filem CRAZY RICH ASIANS (2018) serta Charlie Hunnam daripada siri televisyen SONS OF ANARCHY (2008-2014) juga tampil untuk bermain di dalam dunia jenayah yang dicipta oleh Ritchie kali ini.
  • Filem THE GENTLEMEN bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 13 Februari 2020.

Klip Watak-Watak THE GENTLEMEN

  • Temui barisan pelakon utama THE GENTLEMEN…
  • Pelakon Matthew McConaughey sebagai watak protagonis ‘Mickey Pearson’.
  • Pelakon Henry Golding sebagai watak antagonis ‘Dry Eyes’.
  • Pelakon Jeremy Strong sebagai watak antagonis ‘Matthew Berger’.
  • Pelakon Michelle Dockery sebagai watak ‘Rosalind Pearson’.
  • Pelakon Colin Farrell sebagai watak ‘Coach Colin’.
  • Pelakon Charlie Hunnam sebagai watak ‘Ray’.
  • Pelakon Hugh Grant sebagai watak ‘Fletcher’.

Poster Utama Dan Sinopsis Rasmi THE GENTLEMEN

“Mickey Pearson, an American expatriate living in London, makes a fortune in the city by selling marijuana. Now he plans to cash in his highly profitable marijuana empire, offering it for USD400 million to his American contacts. But when others, including an Oriental drug cartel, catch wind of the deal, they begin plotting and scheming to steal his domain. This triggers bloody consequences that Pearson was not expecting.”

Sinopsis Filem THE GENTLEMEN

Filem THE GENTLEMEN bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 13 Februari 2020.

#SoalanCepumas

Siapakah pelakon yang and paling minati daripada barisan pelakon berbakat yang membintangi filem THE GENTLEMEN oleh sutradara tersohor, Guy Ritchie?

Bincangkan.

2 Shares:
You May Also Like