7 Fakta Menarik Yang Anda Wajib Tahu Tentang Filem THE BATMAN (2021)!

THE BATMAN

“It’s very much a point of view-driven, noir Batman tale. It’s told very squarely on his shoulders, and I hope it’s going to be a story that will be thrilling but also emotional.”

— Matt Reeves, Pengarah, THE BATMAN, (2021).

TERKINI: Sesi penggambaran untuk filem solo THE BATMAN (2021) telah pun bermula pada 27 Januari 2020 (awal pagi 28 Januari untuk peminat tegar DCEU di Malaysia). Jom pelajari 5 fakta menarik yang anda wajib tahu tentang produksi ini:

  • Penulis-pengarah Matt Reeves (Dawn of the Planet of the Apes, Cloverfield, War of the Planet of the Apes) menggemparkan laman media sosial hari ini apabila dia membuka akaun Instagram baru (@mattreevesla) dan pos pertamanya mengumumkan bahawa produksi untuk filem THE BATMAN telah pun bermula!
View this post on Instagram

#DayOne #TheBatman

A post shared by @ mattreevesla on

  • Produksi telah bermula di kota London, England sejak awal bulan Januari 2020 lagi, namun ia akan berpindah ke kota Glasgow, Scotland pada bulan Februari 2020 untuk sesi penggambaran luaran.
Seni bina gothic di kota Glasgow, Scotland.
Bute Hall, Glasgow University
  • Kota Glasgow yang terkenal dengan bangunan-bangunan seni bina Victorian abad ke-19 serta seni bina unik abad ke-20 oleh arkitek Charles Rennie Mackintosh akan mewakili elemen gothic yang diperlukan untuk merealisasikan Gotham City.

“It’s more Batman in his detective mode than we’ve seen in the (the past 7 Batman) films. The comics have a history of that. He’s supposed to be the World’s Greatest Detective, and that’s not necessarily been a part of what the movies have been.

I’d love this to be one where when we go on that journey of tracking down the criminals and trying to solve a crime, it’s going to allow his character to have an arc so that he can go through a transformation.”

Visi Matt Reeves, Penulis-Pengarah, THE BATMAN (2021)
  • Visi unik Reeves untuk adaptasi kali ke-8 watak Batman di lakon layar ini adalah untuk memfokuskan kepada cara penyelesaian jenayah secara terperinci yang membuatkan Batman, The World’s Greatest Detective!
  • Barisan pelakon yang membintangi projek ini amat berbakat sekali daripada Robert Pattinson (Bruce Wayne/Batman) kepada Zoe Kravitz (Selina Kyle/Catwoman), Colin Farrell (Oswald Cobblepot/The Penguin), Paul Dano (Edward Nygma/The Riddler), Andy Serkis (Alfred Pennyworth), Jeffrey Wright (Commissioner Gordon), John Turturro (Carmine Falcone), Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson.
The Batman Cast
  • Selain daripada itu, barisan kru produksi juga dipenuhi veteran-veteran berbakat seperti sinematografer Greig Fraser (Rogue One, Dune), editor filem William Hoy (Watchmen, 300), pereka produksi James Chinlund (Requiem for a Dream) dan komposer tersohor Michael Giacchino (Star Trek, The Incredibles, Spider-Man: Far From Home).
  • Filem THE BATMAN bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 25 Jun 2021.

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik THE BATMAN, syarikat DC Comics dan studio Warner Bros di:

#SoalanCepumas

Apakah harapan anda untuk adaptasi watak Batman ke lakon layar untuk kali ke-8 dengan filem THE BATMAN oleh Matt Reeves nanti?

Bincangkan.

9 Shares:
You May Also Like