Marvel nampaknya telah mendedahkan sebuah lagi projek rahsia secara tiba-tiba menjelang Musim Panas nanti.

Dengan slot yang sudah pun kelihatan penuh dan padat, hampir kesemua editor-editor Marvel Comic telah memuatnaik satu imej promo di akaun Twitter mereka masing-masing tanpa ada sebarang penjelasan seperti yang dapat dilihat di bawah ini:

Jad, apakah dia Acts of Evil?

Izinkan kami membuat ramalan dan cubaan meneka.

Acts of Vengeance merupakan sebuah acara pelintang (crossover) pada tahun 1989 hingga 1990 oleh Marvel yang berlangsung dan wujud dalam semua judul-judul komik mereka pada ketika itu. Loki telah berjaya meyakinan kesemua penjahat, penyangak dan antagonis Marvel untuk menentang superhero yang belum pernah mereka jumpa atau hadapi dalam usaha strategik menumbangkan kumpulan adiwira satu-persatu.

Untuk pengikut dan kolektor komik sejati, ini seolah-olah sama dan serupa dengan satu lagi konsep jalan cerita yang sudah lebih awal dilancarkan oleh DC Comics menerusi Year of the Villain menjelang bulan hadapan. Ia pula menceritakan bagaimana Lex Luthor berjaya mengumpul sekumpulan besar penjahat, penyangak dan antagonis dalam misi besar mereka menghapuskan keseluruhan komuniti superhero bermula dengan anggota utama Justice League.

Sama ada DC Comics terlebih dahulu mengambil idea asal Acts of Vengeance untuk Year of the Villain dan kemudiannya Marvel seakan-akan meneruskan sekuel Acts of Evil untuk melawan DC Comics kekal menjadi tanda tanya.

Di bawah merupakan slot acara besar yang telah didedahkan oleh Marvel baru-baru ini yang turut menyediakan slot untuk bulan Disember tetapi bukan untuk Julai seperti yang tertera dalam imej promo Acts of Evil:

Harus diingati di sini bahawa ini semua hanyalah sekadar spekulasi kami semata-mata.

Anda dijemput untuk memberikan pandangan anda sendiri di ruangan komen tersedia sebagai perkongsian bersama yang lebih mendalam dan analitikal!

0 Shares:
You May Also Like