Laman media sosial gempar tempoh hari apabila seorang peminat tegar MCU menaip ‘Famous Hugh Jackman Movies’ di dalam Google dan mendapat keputusan pencarian ini:

Jika anda sedar, filem AVENGERS: ENDGAME tersenarai didalam keputusan pencarian Google sebagai satu daripada filem terkenal yang dibintangi oleh pelakon Hugh Jackman!

“Snikt!!!”

Sebelum anda panik dan mula membuat #TeoriBrazil bahawa watak Wolverine akan muncul didalam Marvel Cinematic Universe (MCU) melalui filem AVENGERS: ENDGAME nanti, penting untuk diketahui yang:

(1) Penggabungan FOX dan Disney belum lengkap sehinggalah bulan Januari 2019.

(2) Penerbit tersohor Kevin Feige membuat pengumuman yang Marvel Studios hanya akan mula proses adaptasi X-MEN dan FANTASTIC FOUR ke dalam MCU Fasa Keempat pada pertengahan 2019!

Walaubagaimanapun, ini kemungkinannya sejenis #GoogleFail atau #Bug yang semakin tinggi didalam keputusan pencarian Google apabila semakin ramai pengguna membuat pencarian ‘Famous Hugh Jackman Movies’ di Google. Kita tunggu kenyataan umum daripada pihak Google nanti.

Yang kelakarnya, ramai peminat tegar MCU mempercayai #TeoriBrazil ini:

https://twitter.com/nikhairilikhwan/status/1079350542738980865?s=19
https://twitter.com/94MylesPerHour/status/1078704927764029440?s=19

Filem AVENGERS: ENDGAME bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 2 May 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang MCU di www.buzzpop.tv!
(Sumber: @DigitalSpy)

0 Shares:
You May Also Like