Alec Baldwin secara rasminya telah menyertai barisan pelakon untuk filem solo JOKER bersama Joaquin Phoenix dan Robert de Niro, yang akan memulakan sesi penggambarannya di kota New York pada 10 September 2018.
⠀⠀⠀
Dengan bajet serendah hanya US$55 juta, filem arahan Todd Phillips ini akan menonjolkan Thomas Wayne sebagai seorang ahli bisnes korporat yang berjaya tetapi bongkak stail ’80an – ala ala Donald Trump – ‘a cheesy, tanned businessman in 1980’s Gotham’.

⠀⠀⠀⠀
Penting untuk diingati bahawa setiap watak dalam filem ini akan dilihat daripada perspektif si Joker yang tidak waras – maka itu menerangkan mengapa perwatakan Thomas Wayne, bapa kandung Batman adalah lain daripada apa yang kami ketahui daripada halaman komik.
⠀⠀⠀⠀
Filem solo JOKER bakal menemui anda di pawagam seluruh Malaysia pada 3 Oktober 2019.
⠀⠀⠀⠀⠀
#Joker #SoloFilm #WorldsOfDC #JoaquinPhoenix #BuzzPopTV
⠀⠀⠀⠀⠀
(Sumber: @Variety)

0 Shares:
You May Also Like