Treler rasmi pertama untuk filem ANNABELLE COMES HOME, sekuel siri filem Annabelle dan filem ketujuh dalam semesta sinematik THE CONJURING telah ditularkan oleh Warner Bros.

ANNABELLE COMES HOME – Treler Rasmi #1

Dia dah mai dah… Di pawagam seluruh Malaysia pada 27 Jun 2019!#AnnabelleComesHome

Posted by BuzzPOP on Saturday, March 30, 2019

Treler ini bukan sahaja memaparkan kepulangan watak Ed and Lorraine Warren (Patrick Wilson and Vera Farmiga), tetapi ia juga membawa balik syaitan daripada filem ANNABELLE (2014) – sekali lagi menjelma sebagai anak perempuan Mullins yang menghantui anak-anak yatim – Janice dan Linda dalam filem ANNABELLE: CREATION (2017).

Pengarah legenda James Wan mengesahkan bahawa filem sekuel ini akan tampak lebih seperti filem THE CONJURING yang asal daripada sekuel-sekuel ANNABELLE sebelum ini:

“I think by the very nature of Patrick [Wilson] and Vera [Farmiga] being in it, I would say somewhat, yes, because in ANNABELLE COMES HOME the doll comes back to the Warrens’ home. It finally comes to the Warrens’ home so by the very nature of it actually being in the home and the story takes place in the Warrens’ home, it feels more like a Conjuring film in that respect.”

James Wan, ANNABELLA COMES HOME

“Determined to keep Annabelle from wreaking more havoc, demonologists Ed and Lorraine Warren bring the possessed doll to the locked artifacts room in their home, placing her ‘safely’ behind sacred glass and enlisting a priest’s holy blessing. But an unholy night of horror awaits as Annabelle awakens the evil spirits in the room, who all set their sights on a new target—the Warrens’ ten-year-old daughter, Judy, and her friends.

Sinopsis Filem ANNABELLE COMES HOME

Pengarah kali pertama, Gary Dauberman menulis skrip ini bersama pengarah tersohor, James Wan. Filem ini menampilkan barisan pelakon seperti Mckenna Grace, Madison Iseman, dan Katie Sarife, bersama Patrick Wilson dan Vera Farmiga yang pulang sebagai watak Ed dan Lorraine Warren daripada filem THE CONJURING.

Filem ANNABELLE COMES HOME bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 27 Jun 2029. Sebelum itu, filem THE CURSE OF LA LLORONA bakal tampil dulu di pawagam seluruh Malaysia pada 18 April 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang semesta sinematik THE CONJURING di www.buzzpop.tv!

0 Shares:
You May Also Like