AQUAMAN adalah filem #1 di seluruh dunia, berdasarkan kutipan box office hujung minggu lepas sebanyak US$94.7 juta – walaupun hanya diterbitkan di China setakat ini.

Walaupun baru tiga hari terbit di panggung seluruh China, filem AQUAMAN memecahkan 5 rekod penting:

– Rekod ‘Kutipan Hujung Minggu Terbesar Sepanjang Zaman Bagi Warner Bros Di China’, mengalahkan rekod yang dipegang oleh READY PLAYER ONE sebelum ini.

– Rekod ‘Kutipan Box Office Terbesar Sepanjang Zaman Bagi Filem Adiwira DCEU Di China’.

– Rekod ‘Kutipan Hujung Minggu Terbesar Sepanjang Zaman Bagi Bulan Disember Di China’.

– Posisi ke-8 bagi ‘Kutipan Hujung Minggu Terbesar Sepanjang Zaman Bagi Filem Import Di China’.

– Mengalahkan ‘Jumlah Kutipan Box Office Keseluruhan’ filem WONDER WOMAN sepanjang tempoh tayangnya di China (US$90 juta).

Selain daripada itu, AQUAMAN juga menerima skor penarafan penonton yang tinggi di China! Penonton-penonton memberi skor 8.5/10 di Douban.com – sebuah perkhidmatan rangkaian sosial di China, dan skor setinggi 9.6/10 di Maoyan.com – pelantar penjualan tiket atas talian terbesar di China.

Sebagai perbandingan, filem AVENGERS: INFINITY WAR hanya mendapat skor 8.1/10, manakala filem VENOM mendapat skor 7.3/10 di rangkaian sosial Douban.com

Kejayaan kutipan besar di box office dan resepsi bagus daripada penonton di China sebeginilah yang diperlukan oleh Warner Bros untuk melawan filem-filem lain di panggung pada musim perayaan Krismas ini seperti SPIDER-MAN: INTO THE SPIDER-VERSEMORTAL ENGINES, BUMBLEBEE dan MARY POPPINS RETURNS.

AQUAMAN bakal terbit di 40 negara lagi minggu ini pada 13 Disember 2018 – termasuk Malaysia, Mexico dan United Kingdom. Filem ini akhirnya akan terbit di panggung seluruh Amerika Syarikat pada 21 Disember 2018.

#SoalanCepumas – Adakah anda sudah bersedia untuk Tsunami AQUAMAN minggu ini?

Bincangkan.

#Aquaman #China #OpeningWeekend #BoxOffice #BuzzPopTV

(Sumber: Pelbagai)

0 Shares:
You May Also Like