Filem AQUAMAN bakal disiarkan di panggung-panggung seluruh China seminggu lebih awal – pada 7 Disember 2018 – daripada di Malaysia dan Amerika Syarikat yang hanya akan menyiarkannnya pada 13 Disember 2018.

 

Nampaknya pihak Warner Bros. (WB) berani mempertaruhkan kutipan box office AQUAMAN di pasaran China sebagai garis panduan untuk kejayaan jangka masa panjang filem ini di pasaran sedunia nanti.

Ini amat ketara sekali dengan jumlah perbelanjaan promosi yang dilakukan oleh WB untuk filem AQUAMAN diseluruh China setakat ini – daripada iklan terpampang di bangunan, stesen perhentian bas dan bas awam, serta tayangan media China yang berlangsung awal minggu ini.

#SoalanCepumas – Adakah percaturan WB di China dengan AQUAMAN bakal berjaya?

Kita nantikan sambutan penonton serta ulasan awal dan kutipan box office di China nanti. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang AQUAMAN di www.buzzpop.tv!

#Aquaman #InternationalBoxOffice #China #WorldsOfDC #BuzzPopTV

(Sumber: Pelbagai)

0 Shares:
You May Also Like