Laman Twitter gempar petang tadi apabila beberapa seni konsep untuk filem AVENGERS 4 ditularkan oleh sebuah akaun Twitter yang baru dibuka bulan ini, @JonathanTong6 – menonjolkan rekaan terbaru untuk Ronin (Hawkeye), War Machine, Captain America, Thor, Iron Man dan Captain Marvel.

Ada ura-ura mengatakan bahawa @JonathanThong6 adalah seorang pekerja Hot Toys yang juga peminat tegar Marvel Cinematic Universe – rela dibuang kerja kerana mahu berkongsi berita terkini AVENGERS 4 dengan seluruh dunia.

#SoalanCepumas – Apa pendapat anda tentang usaha @JonathanTong6? Adakah anda lebih rela mendapat *spoiler* secara rasmi mengikut jadual pemasaran yang sudah dipelan oleh Russo Bros dan Kevin Feige?

Bincangkan.

#Avengers4 #ConceptArtLeak #HotToys #MCU #BuzzPopTV

(Sumber: @JonathanTong6)

0 Shares:
You May Also Like