Di dalam beberapa hari yang lepas, 19 imej promosi bagi barang dagangan berjenama AVENGERS: ENDGAME telah membanjiri laman media sosial – membuktikan bahawa seni konsep Avengers berpakaian serba baru yang ditularkan pada bulan Jun 2018 daripada China tempoh hari adalah benar.
Imej-imej promosi tampil sama rekaannya dengan seni konsep awal tahun ini – yang kemungkinnya adalah untuk barang dagangan berlesen seperti permainan, t-shirt, beg serta aksesori-aksesori persekolahan.
Filem AVENGERS: ENDGAME bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 2 Mei 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang MCU di www.buzzpop.tv!
#AvengersEndgame #LeakedArt #ConceptArt #Mechandising #BuzzPopTV
(Sumber: @ ManaByte)