Pelakon Karen Gillan (Nebula) memuat naikkan foto di sebalik tabir daripada set penggambaran AVENGERS: ENDGAME pada hari mereka memfilemkan babak pengebumian Tony Stark a.k.a. ‘The Wedding Scene’.

Untuk pembaca yang tidak arif, babak pengebumian Tony Stark dikenali sebagai ‘The Wedding Scene’ dikalangan barisan pelakon dan krew kerana itulah nama yang diberikan untuk babak ini di dalam skrip AVENGERS: ENDGAME – bagi mengelakkan daripada fakta kematian Stark dibocorkan kepada pihak media!

Perhatikan bahawa pelakon Robert Downey Jr. dan Scarlett Johansson tiada di dalam imej tersebut kerana watak-watak mereka sudah meninggal pada saat babak ini difilemkan.

AVENGERS: ENDGAME ‘Family Portrait’

Filem AVENGERS: ENDGAME kini masih di pawagam seluruh Malaysia. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang semesta sinematik MCU di www.buzzpop.tv!

#AvengersEndgame #FamilyPortrait #MCU #MarvelStudios #BuzzPopTV

(Sumber: @karengillan)

0 Shares:
You May Also Like