#TriviaFilem – Tahukah Anda Filem IRON MAN (2008) Mempunyai Babak ‘Post-Credit’ Versi Alternatif?

RON MAN (2008) Alternate Post Credit Scene

“I AM IRON MAN!”

— Tony Stark, IRON MAN, (2008).

Tahukah anda bahawa filem Semesta Sinematik Marvel yang pertama IRON MAN daripada tahun 2008 mempunyai babak ‘Post-Credit’ versi alternatif? Di dalam babak alternatif ini, watak Nick Fury mendedahkan kepada Tony Stark bahawa dunia MCU penuh dengan “gamma accidents, radioactive spider bites and assorted mutants” sebelum menjemput Stark menyertai The Avengers Initiative!

#Komen5KupangKu – Walaupun penerbit Kevin Feige sememanganya seorang insan penuh visi, namun Marvel Studios mungkin memilih untuk tidak menggunakan babak alternatif ini sebagai Post-Credit di penghujung filem IRON MAN kerana Feige masih belum percaya bahawa MCU akan dapat menerima balik hak perfileman untuk THE INCREDIBLE HULK, SPIDER-MAN mahupun X-MEN ketika fasa pos-produksi pada tahun 2007!

Kini 15 tahun kemudian, visi Feige bakal menjadi kenyataan apabila SPIDER-MAN, X-MEN dan THE INCREDIBLE HULK bakal beraksi di dalam Fasa Kelima MCU daripada tahun 2023 kehadapan… 😉

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik Semesta Sinematik Marvel dan Marvel Comics di:

Apakah pendapat anda tentang babak Post-Credit versi alternatif daripada filem IRON MAN (2008) serta kepulangan X-MEN dan SPIDER-MAN di dalam Fasa Kelima MCU nanti?

Bincangkan.

#MCUPhase1 #IronMan #MarvelStudios #AlternativePostCredits #BuzzPopTV

(Sumber: @lord0fthunder)

6 Shares:
You May Also Like
Read More

#POPTrivia – Kameo ANNABELLE Dalam Filem AQUAMAN!

#SoalanCepumas - Adakah ini bermaksud bahawa DC Extended Universe dan The Conjuring Cinematic Universe sebenarnya berkait? Bagaimanakah patung Annabelle keluar daripada kotak berkuncinya? Siapakah yang membuang Annabelle ke dasar laut? Adakah Ed Warren sebenarnya Putera Raja Orm? Adakah syaitan yang menginapi patung Annabelle akan berleluasa di Atlantis nanti?