Tom King Umumkan Komik BATMAN/CATWOMAN!

Minggu lepas kami melaporkan bahawa penulis tersohor DC Comics, Tom King bakal mengakhirkan penulisan legendanya di komik BATMAN pada isu #85 bulan Disember 2019 ini, 20-isu lebih awal daripada saga Batman yang dipelan King sepanjang 105-isu pada asalnya.

Kini, DC Comics dan Tom King membongkarkan sebab sebenar disebalik keputusan mengejut ini – King dan artis Clay Mann akan berkerjasama untuk mengusahakan siri mini 12-isu BATMAN/CATWOMAN mulai bulan Januari 2020 rupa-rupanya!

DC Comics masih belum mengumumkan siapakah yang akan mengambil alih penulisan komik BATMAN bermula isu #86 tetapi mengesahkan bahawa ia akan bertukar daripada diterbitkan dua kali sebulan kembali kepada jadual penerbitan sekali sebulannya mulai Januari 2020.

King menjelaskan bahawa komik BATMAN/CATWOMAN akan mengakhiri pelan asalnya untuk watak Batman yang sudah bertahun ditulisnya!

“To me, BATMAN AND CATWOMAN is a chance to do what Morrison and Quitely did in BATMAN AND ROBIN: launch an ambitious, accessible, beautiful, thrilling new series that concludes years of stories and defines what Batman is, can, and will be.

This will be a comic about what the best Batman comics are always about, how our greatest hero turns fear into bravery, pain into hope, trauma into love.

It’s the story I always wanted to tell, and I’m telling it with the man I consider to be the greatest artist in comics, my brother Clay Mann.

It’s tough to leave Batman. It’s a gift and a joy to be on that book. But I’m leaving it to work on the biggest, most ambitious projects of my career, comics I get to make with the best collaborators in comics. And that’s a gift and a joy too.

Finally, I can’t say enough how much I’ve appreciated the support of my fans and colleagues in the past few days. I remain in awe of the power of this medium and the compassion of its readers. As ever, as always, you all save me.”

Penulis tersohor Tom King tentang komik BATMAN/CATWOMAN

Komik bersiri mini 12-isu BATMAN/CATWOMAN akan diterbitkan oleh DC Comics mulai bulan Januari 2020. Siri komik CATWOMAN yang kini diusahakan oleh penulis Joelle Jones akan terus diterbitkan sejajar dengan plot siri mini terbaru ini.

Anda boleh membeli dan menempah komik BATMAN secara bulanan di The Last Comic Shop-Malaysia. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang dunia DC Comics di www.buzzpop.tv!

0 Shares:
You May Also Like