“But it turns out… I wasn’t the ONLY dame in Gotham looking for emancipation!”

— Harley Quinn, BIRDS OF PREY, (2020).

TERKINI: Treler kedua BIRDS OF PREY akhirnya menjanjikan babak-babak aksi yang menyengat, terima kasih kepada sentuhan pengarah bidang terjun Chad Stahelski (francais filem JOHN WICK) berlatarkan visi utama pengarah indie Cathy Yan yang penuh kesenian serta apresiasi kepada medium sinematik:

  • Selepas empat kali menonton cebisan-cebisan daripada filem BIRDS OF PREY AND THE FANTABULOUS EMANCIPATION OF ONE HARLEY QUINN (First Look, Treler Acah IT Chapter Two, Treler Acah The Game Awards 2019, Treler Rasmi Pertama) sebelum ini yang tidak memberangsangkan… Syukurlah treler kedua yang baru ditularkan membuatkan penulis amat teruja untuk menonton filem ini dengan lebih lanjut!

Daripada treler kedua yang baru ditularkan diatas, ini adalah 7 elemen yang tersirat bagi penulis dan patut dihargai oleh peminat tegar filem-filem DCEU:

  • Plot twist di dalam 20-saat pertama bahagian pembukaan treler kedua ini yang epik dan menarik.
‘Bait and Switch’ Yang Epik!
  • Suara latar Harley Quinn yang menjadi sumber naratif utama tetapi bercanggah 100% dengan apa yang sedang dipaparkan di skrin. (Quinn = gila)
Naratif Tidak Waras Harley Quinn
  • Babak-babak aksi lasak dan koreografi pertarungan arahan Chad Stahelski – di edit secocok dengan dentuman lagu latar “It’s Oh So Quiet” (1949) versi cover oleh penyanyi Björk (1995).
Koreografi Aksi Trademark Stahelski Yang ‘On-Point’!
  • Sesi pengenalan motivasi bagi setiap adiwira untuk berkerjasama dengan Harley Quinn bagi menjatuhkan anasir jahat Black Mask di Gotham City.
Harley Quinn – Pakar Motivasi Berpasukan
  • Pandang pertama pelakon Ewan McGregor sebagai watak Roman Sionis a.k.a. Black Mask yang akhirnya menyarungkan topeng trademark berwarna hitam!
Akhirnya BLACK MASK Ditonjolkan!
  • Pandang pertama pelakon Jurnee Smollett sebagai watak Dinah Lance a.k.a. Black Canary yang akhirnya menonjolkan kuasa sakti jeritan suaranya.
Canary Cry!!!
  • Babak-babak muzikal arahan Cathy Yan yang berwarna-warni dan penuh dengan apresiasi seni – di edit secocok dengan dentuman lagu latar “It’s Oh So Quiet” (1949) versi cover oleh penyanyi Björk (1995).
Apresiasi Seni Cathy Yan Yang Lit!

Previu BIRDS OF PREY Sebelum Ini

Dikepilkan di bawah untuk rujukan anda adalah empat cebisan daripada filem BIRDS OF PREY AND THE FANTABULOUS EMANCIPATION OF ONE HARLEY QUINN sebelum ini yang tidak memberangsangkan…

  • BIRDS OF PREY First Look: Pandang pertama yang ditularkan pada Januari 2019, bagaikan pertunjukan peragaan fesyen berbandingkan filem adiwira. Video ringkas ini ditularkan sehari sebelum sesi penggambaran BIRDS OF PREY bermula – bagi mengelakkan maklum balas negatif daripada set foto hari pertama yang kurang berkualiti.
BIRDS OF PREY First Look
  • BIRDS OF PREY Treler Acah IT Chapter Two: Menggunakan tema ‘badut’, treler acah ini ditayangkan di hadapan filem IT Chapter Two (Ogos 2019). Malangnya tema horror thriller sekuel IT ini agak bercanggah dengan tema filem adiwira penuh aksi ini…
  • BIRDS OF PREY Treler Acah The Game Awards 2019: Kameo ketika acara The Game Awards pada bulan Disember tahun lepas, dirasakan oleh ramai peminat tegar DCEU – bagai mencuba terlebih-lebih tanpa menawarkan apa-apa ganjaran relevan yang betul-betul menarik…
  • BIRDS OF PREY Treler Rasmi Pertama: Pandang pertama yang kurang memberangsangkan untuk filem ini… 😅

Wawancara Bersama Barisan Pelakon BIRDS OF PREY

Ketika New York Comic Con tahun lepas pada bulan Oktober 2019, barisan pelakon BIRDS OF PREY turun padang untuk berjumpa dengan peminat tegar DCEU. Mereka kelihatan agak gelisah di depan kamera tapi ia mungkin kerana beratus-ratus peminat boleh mebuat sesiapa sahaja gelisah! 😄

Jika penyuntingan licik oleh Stahelski dan Yan yang dipertontonkan di dalam treler kedua wujud di dalam seluruh filem BIRDS OF PREY nanti, maka filem yang tidak diundang ini mungkin akan berjaya memenangi pasaran box office dunia! Pada takat ini, filem BIRDS OF PREY adalah sebuah misteri – adakah ia unik sebagus GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 1 (2014), ataupun sehampeh SUICIDE SQUAD (2016) nanti?

Poster Dan Sinopsis BIRDS OF PREY

Poster BIRDS OF PREY

“After splitting with the Joker, Harley Quinn joins superheroes Black Canary, Huntress and Renee Montoya to save a young girl from an evil crime lord, Black Mask in Gotham City.”

Sinopsis BIRDS OF PREY

#SoalanCepumas

Filem BIRDS OF PREY bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 6 Februari 2020. Apakah harapan anda untuk filem BIRDS OF PREY oleh studio Warner Bros nanti?

Bincangkan.

9 Shares:
You May Also Like