“Family. Back together again.”

— Alexei Shostakov, BLACK WIDOW, (2020).

TERKINI: Treler terakhir untuk filem BLACK WIDOW telah ditularkan oleh Marvel Studios – menawarkan pandang pertama kepada komplot sebenar antagonis TASKMASTER – yang penuh misteri sebelum ini!

  • BLACK WIDOW bakal membuka Fasa Keempat MCU dan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 1 Mei 2020.
Treler Terakhir (Mac 2020)
  • Treler terakhir ini akhirnya memfokuskan kepada antagonis TASKMASTER serta mendedahkan bahawa dia kini menguasai institut THE RED ROOM dan keseluruhan generasi ejen-ejen BLACK WIDOW yang baru!
Super Bowl Spot (Februari 2020)
  • Super Bowl TV Spot pada bulan Februari 2020 menojolkan antagonis TASKMASTER serta keupayaannya untuk meniru kemahiran sesiapa sahaja dengan lebih jelas – selepas dua treler sebelum ini hanya menonjolkannya untuk sekilas waktu.
Special Look (Januari 2020)
  • Special Look yang ditularkan pada awal Januari 2020 menonjolkan elemen kekeluargaan di antara ejen-ejen THE RED ROOM masa lampau yang masih erat sehingga kini – di antara Black Widow/Natasha Romanova (Scarlett Johansson), Iron Maiden/Melina Vostokoff (Rachel Weisz), Red Guardian/Alexei Shostokov (David Harbour) dan Black Widow/Yelena Belova (Florence Pugh).
Treler Acah (Disember 2019)
  • Pandang pertama BLACK WIDOW yang ditularkan pada lewat Disember 2019 mendedahkan sejarah silam Natasha di Soviet Russia serta elemen THE RED ROOM dan graduan-graduannya seperti Yelena Belova (Black Widow), Melina Vostokoff (Iron Maiden) dan Alexei Shostakov (Red Guardian).
Panel SDCC (Julai 2019)
  • Panel BLACK WIDOW daripada San Diego Comic-Con (Julai 2019) menampilkan kali pertama barisan pelakon ini dipertontonkan kepada sebanyak 6,5000 peminat tegar MCU yang terkumpul di Dewan H pada hujung minggu itu.

Poster dan Sinopsis Filem BLACK WIDOW

Poster Filem BLACK WIDOW versi Ekspo d23

At birth the BLACK WIDOW (aka Natasha Romanova) is given to the KGB, which grooms her to become its ultimate operative. When the U.S.S.R. breaks up, the government tries to kill her as the action movies to present-day New York, where she is a freelance operative. The standalone film will find Romanoff living in the United States 15 years after the fall of the Soviet Union.

Sinopsis BLACK WIDOW

Filem BLACK WIDOW bakal ditayangkan di pawagam sedunia mulai 1 Mei 2020. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang BLACK WIDOW serta semesta sinematik MCU di www.buzzpop.tv!

Sekiranya anda menikmati artikel ini, terokai artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan filem BLACK WIDOW di:

#SoalanCepumas

Apakah harapan anda untuk filem BLACK WIDOW yang bakal menjadi pembuka Fasa Keempat MCU nanti?

Bincangkan.

5 Shares:
You May Also Like
Read More

#FanboySuperCut STAR WARS!

Ini adalah SuperCut yang terbaik yang anda akan tonton hari ini! https://twitter.com/SpideySensesYou/status/1051245083549413376?s=19 Penggunaan lagu heavy metal ‘War Pigs’…