#SDCC2019 | 5 Fakta Menarik Tentang Filem BLACK WIDOW!

Banner: SDCC 2019 Black Widow Marvel Studios panel Hall H

“I’m looking forward to exploring her as a fully realized woman in all of her many facets…” Scarlett Johansson, BLACK WIDOW

Langsung dari lantai Hall H di San Diego Comic-Con 2019, Kevin Feige mengumumkan 11 projek Marvel Studios untuk Fasa Keempat Marvel Cinematic Universe (2020-2021) – 6 projek bagi Semesta Sinematik MCU dan 5 projek bagi saluran Disney+!

Satu daripada 6 filem baru yang diumumkan pada hari ini adalah BLACK WIDOW yang bakal menjadi filem pertama untuk Fasa Keempat MCU nanti dan terbit di pawagam sedunia pada 1 Mei 2020.

1) Pengarah Wanita Pilihan Scarlett

Pengarah wanita yang akan menjayakan projek BLACK WIDOW, Cate Shortland.
Pengarah Cate Shortland, BLACK WIDOW

Selepas suatu proses di sebalik tabir yang agak rumit sekali – di mana Marvel Studios berjumpa dan mewawancara 70 pengarah yang berpotensi untuk menerajui adaptasi ini – projek ini akhirnya jatuh ke tangan pengarah thriller berbangsa Australia, Cate Shortland (Berlin Syndrome, Lore).

Walaupun Shortland tidak diwakili oleh mana-mana agensi di Hollywood, namun Johansson meminati hasil kerjanya dan melobi Marvel Studios supaya Shortland dipilih untuk menjayakan BLACK WIDOW.

Johansson teruja dengan cara Shortland melakarkan watak utama di dalam filemnya yang berjudul LORE – sebuah drama dari tahun 2012 yang disukai ramai pengkritik – mengisahkan tentang seorang wanita yang memimpin adik beradiknya untuk menyelamatkan diri mereka merintangi kacau-bilau penjajahan askar Nazi ketika Perang Dunia Ke-2 di Germany.

2) “Mission: Budapest”

Filem BLACK WIDOW akan menerokai peristiwa lampau di Budapest!

Menurut Feige, BLACK WIDOW berlaku selepas peristiwa di dalam filem CAPTAIN AMERICA: CIVIL WAR dan akhirnya akan memaparkan perihal Misi Budapest yang sering diperkatakan oleh Black Widow serta Hawkeye berkali-kali di dalam filem AVENGERS sebelum ini.

Adakah suatu kemungkinan yang logik sekiranya akademi pengintipan Soviet a.ka. The Red Room yang diimpikan oleh Natasha ketika babak khayalan di dalam filem AVENGERS: AGE OF ULTRON sebenarnya terletak di Budapest?

Barisan pelakon yang akan menjayakan filem BLACK WIDOW: Scarlett Johansson, David Harbour, Florence Pugh, O-T Fagbenle dan Rachel Weisz

Selain daripada kepulangan pelakon Scarlett Johansson sebagai watak Natalia Alianovna “Natasha” Romanova a.k.a. Black Widow, filem ini juga dibintangi oleh pelakon David Harbour sebagai watak Alexei Shostakov a.k.a. The Red Guardian, pelakon Florence Pugh sebagai watak Yelena Belova a.k.a. Black Widow 2.0, pelakon Rachel Weisz sebagai Melina Vostokoff a.k.a. Iron Maiden dan pelakon O-T Fagbenle sebagai ejen S.H.I.E.L.D. Rick Mason.

3) The Red Guardian: Captain Soviet!

Ikuti wawancara bersama pelakon David Harbour (Stranger Things, Hellboy) sejurus selepas panel Marvel Studios di Hall H, San Diego Comic-Con untuk memahami dengan lebih mendalam tentang watak yang dimainkannya di dalam filem BLACK WIDOW nanti – Alexei Shostakov a.k.a. The Red Guardian.

4) Legasi The Red Room: Iron Maiden dan Yelena Belova

Rupa-rupanya watak yang dimainkan oleh pelakon Rachel Weisz dan Florence Pugh juga adalah graduan daripada akademi pengintipan Soviet, The Red Room! Dan filem ini nampaknya akan memaparkan lebih daripada satu Black Widow…

5) Antagonis Utama: Taskmaster

Antagonis utama filem BLACK WIDOW: Taskmaster

Berdasarkan klip rasmi yang disiarkan khusus untuk peminat-peminat di Hall H, San Diego Comic-Con…TASKMASTER adalah antagonis utama untuk filem yang penuh dengan koreografi aksi perdebatan tahap ketap bibir seganas filem CAPTAIN AMERICA: WINTER SOLDIER sebelum ini!

Untuk pembaca yang tidak arif, ikuti asal-usul di sebalik musuh ketat kumpulan Avengers bernama The Taskmaster ini:

“Life is a journey, not a destination…”

Selepas memainkan watak Black Widow di dalam tujuh filem Marvel Studios setakat ini, daripada seorang pengintip Russia yang tidak bermoral sehingga menjadi anggota Avenger yang menyelamatkan dunia — Natasha adalah satu-satunya watak MCU tanpa kuasa yang layak berdiri sebaris dengan askar veteran bergenetik luarbiasa, minda teknologi terunggul dunia serta dewa petir Asgardian. 

Gambar barisan pelakon utama untuk filem BLACK WIDOW

“I don’t think I could have played this iteration of Natasha 10 years ago. It would’ve been a very different film.

I get to play Natasha as a fully realized woman and in all of her many facets. I’m excited for fans to see the flawed side of her, what she perceives to be the flawed side of her. And I’m looking to wipe out some of that red in my ledger, so you guys will be seeing a lot of that.”

Scarlett Johansson, BLACK WIDOW

#SoalanCepumas

Apakah pendapat anda tentang kepulangan Natasha ke Budapest untuk filem BLACK WIDOW? Adakah anda tak tahan untuk melihat versi-versi Black Widow yang lain graduan The Red Room nanti? Bagaimana pula The Red Guardian – Captain America versi Soviet Union?

Bincangkan.

Filem BLACK WIDOW bakal ditayangkan di pawagam sedunia mulai 1 Mei 2020. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang BLACK WIDOW serta semesta sinematik MCU di www.buzzpop.tv!

#BlackWidow #MCUPhase4 #MarvelStudios #Disney #HallH #SDCC50 #BuzzPopTV

(Sumber: @Marvel @Variety @RottenTomatoes @MCU_Direct @EW)

9 Shares:
You May Also Like