5 Rekod Box Office Yang Dipecahkan Filem CAPTAIN MARVEL Setakat Ini!

Sesungguhnya, tidak dapat disangkalkan lagi bahawa filem CAPTAIN MARVEL adalah suatu lagi kejayaan kualitatif bagi pihak Marvel Studios dan Disney di persada Box Office sedunia. Berikut adalah 5 rekod Box Office yang dipecahkan oleh filem ini di dalam lima hari pertamanya ditayangkan di pawagam seluruh dunia:

1. Filem Ke-5 Yang Terpantas Mengutip US$500 Juta Di Box Office Sedunia!

CAPTAIN MARVEL – filem adiwira pertama daripada Marvel Studios dan Disney yang memaparkan pelakon wanita sebagai tunggak utamanya – berjaya mengutip sebanyak US$500+ juta di pasaran box office sedunia pada hari Selasa lepas, menjadi filem adiwira yang kedua berjaya merangkul rekod ini selepas AVENGERS: INFINITY WAR (US$640.5 juta).

Filem blokbuster ini mengutip US$14.6 juta di pasaran domestik Amerika dan US$19.5 juta di pasaran antarabangsa pada hari Selasa lepas; yang menambahkan jumlah kutipan 5-hari pertamanya kepada US$524.1 juta –terbahagi kepada US$179 juta daripada pasaran domestik Amerika dan US$345.2 juta daripada pasaran antrabangsa.

Dengan tempoh 3 minggu lagi sebelum tentangan hebat dalam bentuk filem blokbuster SHAZAM! bakal bertarung dengannya di persada Box Office sedunia nanti… ada kemungkinan yang CAPTAIN MARVEL bakal mengutip US$1 bilion sebelum tamat tempoh wajib tayangnya di pawagam.

2. Filem Ke-6 Dengan Rekod Pembukaan Terbesar Di Box Office Sedunia!

CAPTAIN MARVEL dibuka di 53 pasaran sedunia minggu lepas, termasuk dua pasaran terbesar di dunia – Amerika Syarikat dan juga China; satu strategi yang berjaya mengutip jumlah sebanyak US$455 juta (US$302 juta daripada pasaran antrabangsa, US$153 juta daripada pasaran domestik Amerika) dan menobatkannya sebagai filem ke-6 dengan rekod pembukaan terbesar dalam sejarah perfileman Hollywood.

Dengan rekod pembukaan sebanyak US$455 juta ini, filem CAPTAIN MARVEL berjaya mengjangkau melepasi rekod yang dipegang oleh BLACK PANTHER tahun lepas – yang memperolehi sebanyak US$430 juta pada minggu pembukaannya.

Nampaknya filem-filem Marvel Studios yang mengorak sejarah perfileman (filem adiwira kulit hitam pertama, filem adiwira perempuan pertama) akan berjaya di pasaran sedunia sehinggakan memecahkan rekod sebelum ini.

Bagaimana pula sambutan filem SANG-CHI oleh Marvel Studios yang akan mengetengahkan adiwira Asia pertama pada tahun 2021 nanti ya?

3. Pembukaan Terbesar Di Pasaran Domestik Amerika Setakat Ini Pada 2019!

Kutipan CAPTAIN MARVEL sebanyak US$153 juta di pasaran domestik Amerika adalah pembukaan terbesar setakat ini untuk 2019 dan filem pertama di Amerika yang berjaya mengjangkau melepasi US$100 juta tahun ini – sesuatu yang gagal dicapai oleh filem-filem blokbuster keluaran bulan Januari dan Februari seperti GLASS, THE LEGO MOVIE 2, ALITA: BATTLE ANGEL dan HOW TO TRAIN YOUR DRAGON 3 sebelum ini.

Filem adiwira perempuan pertama oleh Marvel Studios ini berjaya melakukan rekod ini di dalam tempoh 3 hari pertamanya di panggung, sedangkan filem-filem yang dinamakan di atas hanya berjaya mencapai kutipan lebih daripada US$100 juta di dalam minggu kedua atau ketiganya di panggung.

4. Rekod Pembukaan Filem Wanita Terbesar Di Box Office Sedunia!

Kutipan pembukaan CAPTAIN MARVEL sebanyak US$455 juta pada 3 hari pertamanya di pawagam sedunia juga merupakan pembukaan yang terbesar untuk sebuah filem diutamai oleh pelakon wanita dalam sejarah perfileman Hollywood. Ia berjaya mengalahi rekod yang dipegang oleh filem BEAUTY AND THE BEAST (US$357 juta) sebelum ini.

MCU/Disney juga berjaya melangkaui rekod yang dipegang oleh DCEU/Warner Bros. selama ini – dengan pembukaan domestik CAPTAIN MARVEL sebanyak US$153 juta mengalahkan pulangan pembukaan domestik WONDER WOMAN (US$103 juta).

Ternyata jelas dengan rekod-rekod Box Office ini bahawa mitos Hollywood yang pasaran untuk filem yang diutamai pelakon wanita tidak mungkin mendapat sambutan di pasaran sedunia adalah sesuatu pemikiran kuno yang ketinggalan zaman!

5. Filem Ke-3 Dengan Rekod Pembukaan Terbesar Di China!

Filem CAPTAIN MARVEL berjaya merangkul sebanyak US$89.3 juta pada minggu pertamanya di pasaran China, mengambil tempat ke-3 selepas filem CAPTAIN AMERICA: CIVIL WAR dan AVENGERS: INFINITY WAR dikalangan filem-filem MCU dengan rekod pembukaan terbesar di negara terbesar di Asia.

Maka dengan pencapaian ini terbuktilah bahawa walaupun filem MCU ini mengutamakan pelakon wanita sebagai tunggak utamanya, ia akan tetap mengolah kejayaan juga di pasaran asing seperti China!

Kesimpulan

Kini dengan kutipan box office sedunia di tangga ke-7 dikalangan 21 filem-filem MCU, CAPTAIN MARVEL bakal menambah jumlah kutipan box office sedunia Marvel Studios menjadi US$18 bilion pada hujung minggu keduanya! Sekiranya anda percaya bahawa kuantiti bukan semestinya penentu kualiti, ikuti ulasan filem CAPTAIN MARVEL oleh krew BuzzPopTV di pautan ini.

Filem CAPTAIN MARVEL kini di pawagam seluruh Malaysia.

0 Shares:
You May Also Like