Pengarah berbakat, M. Night Shyamalan mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada para peminat tegar stail perfilemannya di laman Twitter hari ini:

Filem yang diterbitkan oleh Blumhouse Productions ini, yang berbajetkan hanya US$20 juta – kini telah berjaya mengutip US$100 juta di pasaran box office sedunia selepas hanya 4-hari di panggung wayang minggu lepas!

Menurut Forbes, Shyamalan membiayai filem GLASS dengan bajet US$20 juta menggunakan duitnya sendiri! Bajet ini kombinasi hasil pulangan Shyamalan sebagai pengarah untuk dua filem Blumhouse sebelum ini – SPLIT dan THE VISIT – serta cagaran estet 125-ekarnya di Pennsylvania.

“Abaikan pengkritik di atas talian, cuba tonton sendiri untuk membuat keputusan tentang filem ini!”

Tanpa apa-apa tandingan besar di pawagam sekarang, GLASS bakal mencapai rekod baru di pasaran box office sedunia untuk bulan Januari – yang sememangnya agak murung (dari segi kualiti dan bilangan filem yang diterbitkan pada bulan ini) setiap tahun bagi industri perfileman Hollywood, kerana studio-studio lebih memfokuskan kepada musim anugerah daripada bulan Januari ke Februari!

#SoalanCepumas – Apakah harapan anda untuk penutup trilogi adiwira M. Night Shyamalan ini – yang sememangnya lain daripada yang lain – dan tidak menurut formula adiwira MCU mahupun DCEU?

Bincangkan.

(Sumber: @MNightShyamalan)

0 Shares:
You May Also Like