Crossover Terakhir ARROWVERSE Melibatkan Lima Siri TV The CW!

Pada acara #Upfront yang dihoskan oleh saluran The CW untuk para penaja di Amerika Syarikat semalam CEO The CW, Mark Pedowitz telah mengumumkan bahawa ‘crossover’ untuk Arrowverse yang berjudul CRISIS OF INFINITE EARTHS adalah acara terbesar setakat ini yang akan menggabungkan kesemua siri TV adiwira DCEU – melibatkan ArrowThe FlashSupergirlDC’s Legends of Tomorrow, dan Batwoman. (kecuali siri TV Black Lightning yang dikecualikan atas dasar di dimensi lain yang lebih realistik).

Crossover terbesar untuk Arrowverse ini akan berlangsung selama 5 jam dan dibahagikan kepada dua peringkat – dua episod pada bulan Disember 2019 selama 2.5 jam dan dua episod terakhir pada bulan Januari 2020.

Jika anda masih ingat, crossover musim 2018-2019 yang berjudul ELSEWORLDS tahun lepas dan pembuka plot cerita untuk crossover CRISIS ON INFINITE EARTHS tahun ini – hanya melibatkan ArrowThe Flash, dan Supergirl. Di dalam acara tersebut, adiwira Arrowverse bersatu untuk menumpaskan anasir jahat Monitor yang cuba menguji mereka berkali-kali dengan perubahan dimensi dan waktu.

Crossover CRISIS ON INFINITE EARTHS tahun ini akan menyambungkan peristiwa daripada ELSEWORLDS tahun lepas, mendedahkan bahawa sebab sebenar Monitor cuba ‘menguji’ kesemua adiwira Arrowverse adalah untuk menyediakan mereka bagi kedatangan ‘Anti-Monitor’ – musuh alam semesta yang ingin menghancurkan dimensi-dimensi mereka.

Untuk pembaca yang tidak arif, crossover ini berdasarkan komik berjudulCRISIS ON INFINITE EARTHS daripada tahun 1985 yang me‘reboot’kan semesta DC Comics menjadi lebih sejajar dan kemas. Di dalam acara komik yang klasik ini, Supergirl dan The Flash mengorbankan diri mereka untuk menyelamatkan alam semesta DC Comics.

Pada pendapat penulis, untuk adaptasi Arrowverse ini, Oliver Queen yang akan mengambil tempat mereka dan mengorbankan dirinya bagi menyelamatkan alam semesta Arrowverse nanti – kerana pelakon Stephen Amell mengumumkan bahawa ARROW musim kelapan (2019-2020) adalah musim terakhir untuk siri TV ini!

Kedua-dua episod penutup untuk siri TV Arrow dan The Flash minggu ini mengacahkan kedatangan crossover CRISIS ON INFINITE EARTHS pada hujung tahun ini. 

Siri TV The FlashSupergirlArrow, dan Batwoman akan pulang pada musim luruh (September 2019) ini, manakala siri TV DC’s Legends of Tomorrow akan pulang pada pertengahan musim 2019-2020.

0 Shares:
You May Also Like