“This being D23, it seem like you might want some NEW information… and you might want to hear about THREE new shows we’re doing!”

— Kevin Feige, EKSPO D-23, (Ogos 2019).

Presiden Marvel Studios telah mengumumkan ketika Ekspo D23 hujung minggu lepas tiga siri TV live-action terbaru bagi MCU PHASE 4 yang bakal disiarkan melalui servis penstriman Disney+: MS. MARVEL, MOON KNIGHT, dan SHE HULK!

  • ONE LAST THING… – Pada hari pertama ekspo D23, Kevin Feige mengumumkan 6 projek menarik MCU PHASE 4 di servis penstriman DISNEY+:
    • Barisan kreatif disebalik tabir siri TV animasi WHAT IF…?
    • Barisan pelakon siri TV live-action THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER.
    • Barisan pelakon siri TV live-action WANDAVISION.
    • Pengumuman siri TV live-action MS. MARVEL.
    • Pengumuman siri TV live-action MOON KNIGHT.
    • Pengumuman siri TV live-action SHE HULK.
  • HULK SMASH? – Watak SHE HULK telah dicipta oleh penulis tersohor Stan Lee dan pelukis legenda John Buscema yang mula tampil pada bulan Februari 1980 di dalam isu komik The Savage She-Hulk #1. Jennifer Walters adalah seorang peguam dan saudara Bruce Banner – yang menerima pemindahan darah kecemasan daripada Banner selepas sebuah kemalangan tragedi – menyebabkan Walters mewarisi kuasa The Hulk! Selama 40 tahun kewujudannya di Marvel Comics, She Hulk telah menjadi ahli kumpulan The Avengers, The Fantastic Four, Defenders dan S.H.I.E.L.D.
She Hulk #1 (1980) Marvel Comics
Penampilan Pertama SHE HULK: The Savage She Hulk #1 (1980)
  • LUNAR AVENGER? – Watak MOON KNIGHT telah dicipta oleh penulis berbakat Doug Moench dan pelukis legenda Don Perlin yang mula tampil pada tahun 1975 di dalam isu komik Werewolf by Night #32. Marc Spector adalah bekas ejen CIA yang nyaris terbunuh oleh seorang pengganas bernama Bushman ketika sebuah misi di piramid Mesir. Hidup Spector telah diselamatkan oleh Dewa Bulan Empayar Mesir Kuno, Khonshu. Semenjak peristiwa itu, dia mengambil identiti adiwira MOON KNIGHT dan cuba mengawal empat personaliti di dalam mindanya – ejen Marc Spector, jutawan Steven Grant, pemandu teksi Jake Lockley, dan Dewa Bulan Khonshu!
Moon Knight first appearance Werewolf By Night #32 (1975)
Penampilan Pertama MOON KNIGHT: Werewolf By Night #33 (1975)
  • MARVEL’S NO. 1 FANGIRL! – Watak MS. MARVEL telah dicipta oleh penulis Muslim G. Willow Wilson dan pelukis berbakat Adrian Alphona yang mula tampil pada bulan Ogos 2013 di dalam isu komik Captain Marvel #14. Kamala Khan adalah remaja berketurunan Pakistani-American beragama Muslim daripada Jersey Cityang membesar di USA sebagai peminat tegar The Avengers. Apabila terdedah kepada Terrigen Mists yang dilepaskan oleh the Inhumans, Kamala memperolehi kuasa polimorf – yang membolehkannya untuk mengubah bentuknya!
Captain_Marvel_Vol_7_14 Ms. Marvel First Appearance
Penampilan Pertama MS. MARVEL: Captain Marvel #14 (2013)

#Komen5KupangKu – Selepas pembentangan pelan MCU PHASE 4 oleh Kevin Feige di San Diego-Comic Con (#SDCC2019) bulan lepas yang penuh dengan kejutan serta projek-projek yang menarik… aku amat teruja kerana Feige MASIH mempunyai kejutan baru untuk diumumkan di Ekspo D23 hujung minggu lepas!

Harapan aku, Feige akan berjaya membina siri-siri TV Marvel yang berkualiti yang berkait rapat dengan MCU, selepas bertahun-tahun Marvel TV menghasilkan adaptasi-adaptasi hampeh seperti INHUMANS, AGENTS OF S.H.I.E.L.D., IRON FIST, DEFENDERS, RUNAWAYS, dan CLOAK & DAGGER…

Goodbye era Marvel TV dibawah pengurusan Ike Perlmutter dan Jeph Loeb, Hello era Marvel TV dibawah pengurusan Kevin Feige yang berkait rapat dengan MCU PHASE 4!

Poster Siri TV Disney+ MS. MARVEL, SHE HULK, MOON KNIGHT

ms-marvel-she-hulk-moon-knight-disney+

Kamala Khan is a 16-year-old Pakistani-American Muslim from Jersey City who idolizes the Avengers. She obtains her own shape-shifting powers after being exposed to a Terrigen Mist which tranforms her into the Inhuman, MS. MARVEL!

After being shot by a crime boss, Jennifer Walters receives a blood transfusion from The Hulk himself and voila – SHE HULK is born! Unlike the Hulk, Jennifer can control her transformations into She Hulk and retains dominance over her personality, cognitive skills, and emotions.

MOON KNIGHT a.k.a. Mark Spector, is a former boxer, CIA agent and mercenary who, after being betrayed and killed, is given a second chance at life by the Egyptian Moon GodKhonshu. Resurrected with superhuman abilities, he uses his newfound powers to fight crime!

Sinopsis Siri TV MCU PHASE 4 Disney+
MS. MARVEL, SHE-HULK Dan MOON KNIGHT

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik MCU PHASE 4 di:

Apakah harapan anda untuk siri TV Disney+ terbaru yang diumumkan oleh Kevin Feige di Ekspo D23 hujung minggu lepas – MS. MARVEL, MOON KNIGHT dan SHE HULK?

Bincangkan.

0 Shares:
You May Also Like