“In the end… All roads lead back… To Darkness!”

— Barbatos, DARK KNIGHTS: METAL, (2017).

Laman Instagram @mezcohk telah mentiriskan pandang pertama figura aksi DARK KNIGHTS: METAL daripada barisan permainan DC Multiverse McFarlane Toys! Untuk pembaca yang tidak arif, THE DARK KNIGHTS adalah sekumpulan pahlawan kegelapan yang diketuai oleh The Batman Who Laughs untuk menjadi leftenan bala tentera The Bat-God, Barbatos. Pahlawan-pahlawan kegelapan ini adalah versi-versi jahat Batman daripada The Dark Multiverse yang bersatu untuk mengambil alih kesemua 52 dunia DC Multiverse:

#1 DARK KNIGHTS: METAL – DEVASTATOR

DEVASTATOR – Versi Bruce Wayne daripada Earth -1 di ambang kehancuran yang terpaksa menyuntik Virus Doomsday kedalam dirinya untuk mengalahkan Superman yang gila dengan ‘God-complex’ – membunuh Lois Lane serta ingin memperhambakan umat manusia. Walaupun Batman mengalahkan Superman, namun Virus Doomsday telah merebak keseluruh dunia – mengubah kesemua manusia menjadi Doomsday!

Untuk mempelajari tentang asal-usul DEVASTATOR dengan lebih lanjut, tonton video dibawah daripada Variant Comics:

#2 DARK KNIGHTS: METAL – THE RED DEATH

THE RED DEATH – Versi Bruce Wayne daripada Earth -52 di ambang kehancuran yang mencuri the Speed Force daripada The Flash untuk mengalahkan kesemua Rogues Gallerynya – setelah kematian kesemua Robin di bawah jagaannya!

Untuk mempelajari tentang asal-usul THE RED DEATH dengan lebih lanjut, tonton video dibawah daripada Variant Comics:

#3 DARK KNIGHTS: METAL – THE DAWNBREAKER

THE DAWNBREAKER – Versi Bruce Wayne daripada Earth -32 di ambang kehancuran yang menerima cincin Green Lantern sejurus selepas kematian Thomas dan Martha Wayne. Namun kesedihan di dalam hati Bruce Wayne mengkorupkan cincin Green Lantern – menyebabkan Gotham City terjerumus ke dalam kegelapan, membunuh Rogues Gallery-nya serta Jom Gordon, dan menghancurkan kesuluruhan Green Lantern Corps serta the Guardians of Oa!

Untuk mempelajari tentang asal-usul DAWNBREAKER dengan lebih lanjut, tonton video dibawah daripada Variant Comics:

#4 DARK KNIGHTS: METAL – MURDER MACHINE

MURDER MACHINE – Versi Bruce Wayne daripada Earth -44 di ambang kehancuran yang dijangkiti dengan Alfred Protocol (versi digital Alfred Pennyworth yang dicipta oleh Cyborg selepas tulang belakang Alfred dipatahkan oleh Bane). Selepas bergabung dengan Alfred Protocol, Batman menjadi gila dan membunuh Rogues Gallery-nya serta ahli-ahli Justice Laegue!

Untuk mempelajari tentang asal-usul MURDER MACHINE dengan lebih lanjut, tonton video dibawah daripada Variant Comics:

#5 DARK KNIGHTS: METAL – THE GRIM KNIGHT

THE GRIM KNIGHT – Versi Bruce Wayne daripada Dark Multiverse yang mencuri pistol kepunyaan pencopet sejurus selepas kematian Thomas dan Martha Wayne – dan menembak pembunuh ibu-bapanya. Sejak itu, Batman menjalankan War on Terror di Gotham City menggunakan senjata api dan bersekutu dengan The Batman Who Laughs untuk berleluasa di Earth-Prime!

Untuk mempelajari tentang asal-usul THE GRIM KNIGHT dengan lebih lanjut, tonton video dibawah daripada Variant Comics:

#Komen5KupangKu – Aku amat teruja kerana watak-watak baru daripada dunia DC Comics ini akhirnya telah diadaptasikan menjadi figura aksi oleh McFarlane Toys! Sejak Batmen versi jahat ini diperkenalkan melalui komik crossover DARK KNIGHTS: METAL pada tahun 2017, mereka telah berjaya menawan imaginasi peminat tegar Batman di seluruh dunia.

Masih tiada indikasi setakat ini bila set terbaru bagi permainan DARK KNIGHTS: METAL DC Multiverse oleh McFarlane Toys ini akan di pasaran pada tahun 2020 nanti…

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik BATMAN, syarikat DC COMICS, serta studio WARNER BROS di:

Apakah pendapat anda tentang pandang pertama 5 figura aksi daripada DARK KNIGHTS: METAL DC Multiverse oleh McFarlane Toys yang tertiris minggu lepas?

Bincangkan.

5 Shares:
You May Also Like