Disebalik Tabir Pos-Produksi BBC’s DRACULA!

BBC's DRACULA

“There are darknesses in life and there are lights, and you are one of the lights, the light of all lights.”

— Bram Stoker, DRACULA, (1897).

Tenaga kreatif disebalik produksi siri televisyen (TV) BBC SHERLOCK HOLMES (2010) penerbit Sue Vertue (Mr. Bean), penulis Steven Moffat (Doctor Who, Coupling) serta penulis Mark Gatiss (The League of Gentlemen) kembali ke kaca TV anda dengan warkah terbaru mereka – adaptasi novel seram tahun 1897 nukilan Bram Stoker – DRACULA:

  • Untuk pembaca yang tidak arif, adaptasi DRACULA oleh Moffat dan Gatiss adalah usahsama diantara BBC dan Netflix – tiga episod yang disiarkan di saluran BBC UK selama tiga hari berturut-turut bermula daripada 1 Januari 2020. Mulai 4 Januari 2020, ia disiarkan di pelantar penstriman Netflix untuk seluruh dunia.
  • Featurette disebalik tabir BBC’s DRACULA memaparkan bagaimana novel 1897 oleh Bram Stoker memberi inspirasi kepada Vertue, Moffat dan Gatiss daripada segi – rekaan set Istana Dracula sebesar gereja kepada kapal layar Demeter, komposisi skor, dan efek praktikal untuk satu babak istimewa di dalam siri TV DRACULA!
  • Komposer berbakat, Michael Price (Jekyll & Hyde, Sherlock) serta David Arnold (Jekyll & Hyde, Sherlock) mendedahkan inspirasi disebalik tema-tema muzik yang digunakan untuk menghidupkan siri TV BBC’s DRACULA, serta bagaimana mereka mengelak tema-tema ikonik yang pernah digunakan untuk adaptasi Dracula sebelum ini.
  • Penulis Steven Moffat, pelakon Claes Bang, pengarah Jonny Campbell serta pakar efek praktikal Dave dan Lou Elsey (Igor Studios) mengkongsikan pengalaman mereka menghidupkan babak tranformasi Count Dracula daripada seekor serigala menjadi manusia undead di dalam episod pertama BBC’s DRACULA!

Poster dan Sinopsis BBC’s DRACULA (2020)

Poster BBC's DRACULA (2020).

“In 1897 Transylvania, the blood-drinking Count draws his plans against Victorian London.”

Sinopsis BBC’s DRACULA (2020)

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik DRACULA dan saluran BBC di:

#SoalanCepumas

Siri TV 3-episod DRACULA telah disiarkan melalui pelantar Netflix sejak 4 Januari 2010. Apakah pendapat anda tentang adaptasi Bram Stoker’s DRACULA (1897) oleh Vertue, Moffat dan Gatiss (BBC’s SHERLOCK HOLMES)?

Bincangkan.

1 Shares:
You May Also Like