#TriviaTV – Disebalik Tabir Filem Netflix EXTRACTION

Netflix EXTRACTION Behind The Scenes

“You drown not by falling into the river, but by staying submerged in it.”

— Ovi Mahajan, EXTRACTION, (2020).

Filem aksi Netflix EXTRACTION lakonan Chris Hemworth telah berjaya menawan imaginasi pelbagai penonton Malaysia hujung minggu lepas, dengan babak aksi ‘single take’ yang memaparkan sesi kejar-mengejar berkereta selama 12-minit dan kameo beberapa kereta Proton. Kini, selami disebalik tabir filem EXTRACTION untuk mempelajari bagaimana sesi penggambaran di Dhaka, Bangladesh dijalankan:

  • Pengarah Sam Hargrave (yang sebelum ini bertugas sebagai stunt coordinator bagi filem-filem MCU seperti AVENGERS, CAPTAIN AMERICA: CIVIL WAR, AVENGERS: INFINITY WAR dan AVENGERS: ENDGAME) menerangkan bagaimana babak ‘single take’ yang dinamakan di set sebagai ‘The Oner’ dicapai oleh krew penggambaran.
  • #Komen5KupangKu – Pengalaman Sam Hargrave sebagai seorang stunt coordinator untuk filem-filem MCU semestinya menjanjikan bahawa koreografi aksi bagi filem Netflix EXTRACTION juga menyengat! Keputusan Hargarve untuk memfilemkan babak ini sambil terikat kepada bonet sebuah kereta sesungguhnya patut dipuji – kerana vibe kinetik yang berjaya dicapai untuk ‘single take’ selama 12-minit ini amat fresh sekali…
  • Fakta bahawa babak 12-minit ini juga adalah sebuah continuous shot bermaksud bahawa pelakon Chris Hemsworth terpaksa melakukan kesemua aksi stunt-nya sendiri – sebuah cabaran besar untuk pelakon lasak daripada Australia ini.
  • Bagi video disebalik tabir kedua, pengarah Sam Hargrave dan pelakon Chris Hemsworth mengupas bagaimana babak aksi pertama di dalam EXTRACTION difilemkan selama tempoh 4 hari.
  • Namun, Hargrave tidak berpuas hati dengan babak ini dan menyuruh Hemsworth memfilemkannya kembali selama 2 hari tambahan. Melalui proses organik ini, koreagrafi aksi Hemsworth dan pelakon tambahan dapat diperbaiki sehingga aksi yang betul-betul padu difilemkan!

#Komen5KupangKu – Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelakon Chris Hemsworth dan pengarah Sam Hargrave berjaya memaparkan babak-babak aksi berani mati setimpal dengan francais JOHN WICK ataupun sentuhan pengarah Michael Bay, melalui filem Netflix EXTRACTION! Namun, pada pendapat aku EXTRACTION kehilangan elemen utama kebanyakan filem-filem aksi blokbuster daripada zaman 1980-an dan 1990-an seperti DIE HARD, BAD BOYS dan SPEED iaitu: “Heart”…

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik NETFLIX di:

Apakah pendapat anda tentang filem aksi Netflix, EXTRACTION lakonan Chris Hemsworth?

Bincangkan.

6 Shares:
You May Also Like