#DisebalikTabir ROCK 4 – Eksklusif Bersama Pelakon Hazama

#DisebalikTabir ROCK 4 Hazama

Kru BuzzPopTV menerjah set penggambaran filem ROCK 4: ROCKERS NEVER DAI di Ipoh, Perak pada bulan Oktober 2018 untuk menemuramah barisan pelakon yang menjayakan warkah terbaru daripada pengarah tersohor, Mamat Khalid!

Tenaga Kreatif Episod Ini |

Antara topik-topik yang dibincangkan di dalam wawancara eksklusif bersama pelakon Hazama adalah:

  • Bagaimana Hazama disunting oleh pengarah Mamat Khalid untuk ROCK 4.
  • Bagaimana Hazama menjiwai watak Omar di dalam filem ROCK 4.
  • Pengalaman berlakon di bawah arahan pengarah Mamat Khalid.
  • Kelainan berlakon genre drama vs genre komedi untuk Hazama.
  • Jenis watak yang diidam-idamkan oleh Hazama di dalam kariernya.

Poster Dan Sinopsis ROCK 4: ROCKERS NEVER DAI

Poster Filem ROCK 4

“Filem ROCK 4: ROCKERS NEVER DAI adalah kesinambungan dari filem ketiga, ROCK BRO di mana Dio yang terlibat di dalam kemalangan dipenghujung filem tersebut – telah koma untuk satu tempoh yang cukup lama. Apabila dia terjaga, dia menyedari dirinya berada pada zaman moden. Dia kemudian bergabung dengan beberapa pemuzik muda baru dan menubuhkan Rimba Bara 2 bagi meneruskan legasi kumpulan rock Rimba Bara!”

Menampilkan lakonan Sharwani NS, Hazama, Adam John, Bulan Terry, Nazimi Fahmi dan penampilan khas oleh Dato’ Awie, Khir Rahman, Pekin Ibrahim dan Kamarool Hj Yusof.

Sinopsis Filem ROCK 4: ROCKERS NEVER DAI

Filem ROCK 4: ROCKERS NEVER DAI arahan sutradara tersohor Mamat Khalid bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 20 Februari 2020.

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik ROCK 4: ROCKERS NEVER DAI serta wawancara-wawancara eksklusif di:

Untuk apa-apa undangan dan pertanyaan bagi usahasama media, sila hubungi kami di:

#SoalanCepumas

Apakah harapan anda untuk warkah terbaru pengarah tersohor Mamat Khalid kepada saga ROCK yang melangkaui pelbagai dekad ini?

Bincangkan.

#ROCK4 #Hazama #WawancaraEkslusif #PrimeworksStudios #BuzzPopTV

2 Shares:
You May Also Like