Syarikat Walt Disney mengumumkan bahawa pelantar kandungan digitalnya, DISNEY PLAY akan bertindak bagaikan arkib untuk kandungan-kandungan lama daripada jenama-jenama dibawah kelolaannya seperti Marvel, Disney, Pixar, Star Wars, 20th Century Fox.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Selain daripada itu, DISNEY PLAY juga bakal menyiarkan kandungan-kandungan asal yang baru seperti sambungan siri tv adiwira Marvel Netflix, siri tv Star Wars oleh pengarah Jon Favreau dan juga siri-siri animasi dari Disney dan Pixar.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Menurut CEO Disney Bob Iger, harga sewaan bulanan bagi servis penstriman DISNEY PLAY ini akan lebih murah daripada pelantar kandungan digital yang lain seperti Netflix dan Hulu.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Disney akan menawarkan servis penstriman ini secara berperingkat ke seluruh dunia pada hujung tahun 2019 nanti.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
#DisneyPlay #DigitalContentPlatform #StreamingService #NetflixKiller #BuzzPopTV
⠀⠀⠀⠀⠀⠀
(Sumber: @Variety)

0 Shares:
You May Also Like