“The Force will be with you… Always!”

— Luke and Leia Skywalker, THE RISE OF SKYWALKER.

TERKINI: Tonton treler rasmi terakhir STAR WARS: EPISODE IX – THE RISE OF SKYWALKER yang ditularkan awal pagi ini, dan alami visi pengarah tersohor J.J. Abrams untuk pengakhiran Sykwalker Saga yang menjangkau tempoh lebih daripada 40 tahun!

Bolehkah Abrams Merombak Anasir Subversif Rian?

Menonton treler terakhir ini yang penuh dengan efek praktikal dan CGI yang diolah secara amat gah sekali oleh pengarah J.J. Abrams… penulis rasa agak kecundang memikirkan mengapa Abrams tidak meneruskan Skywalker Saga secara terus menerus daripada Episod 7 kepada 8 dan 9 sekaligus?

Jika dipandang secara retrospektif, filem STAR WARS: EPISODE VIII – THE LAST JEDI olahan pengarah kontroversial Rian Johnson bagaikan mimpi ngeri yang penuh kekecewaan… dan kini Abrams kembali membawa mimpi indah yang penuh dengan harapan dan apa yang sebenarnya dijanjikan pada permulaan STAR WARS: EPISODE VII – THE FORCE AWAKENS!

Poster Terbaru Dan Sinopsis Rasmi

“A year after the events of THE LAST JEDI, the remnants of the Resistance face the First Order once again — while reckoning with the past and their own inner turmoil. Meanwhile, the ancient conflict between the Jedi and the Sith reaches its climax, altogether bringing the Skywalker saga to a definitive end.”

Sinopsis STAR WARS: EPISODE IX – THE RISE OF SKYWALKER

#SoalanCepumas

Filem STAR WARS: EPISODE IX – THE RISE OF SKYWALKER bakal disiarkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 19 Disember 2019.

Apakah babak-babak menarik yang anda paling minati daripada treler terakhir STAR WARS: EPISODE IX – THE RISE OF SKYWALKER yang ditularkan?

Bincangkan.

2 Shares:
You May Also Like