Joe Russo Sedang Menghasilkan Skrip Filem EXTRACTION 2 Untuk Netflix

Filem Netflix EXTRACTION 2

“The focus of AGBO was always storytelling that is agnostic in its approach to distribution. We’ve felt for a long time there was going to be a change in distribution and that the more flexible and organic AGBO could behave, the more opportunity would present itself for storytelling. The theory we have been operating under has been effective for us.”

— Joe Russo tentang kerjasama dengan pelantar penstriman Netflix.

Dengan kejayaan filem aksi lakonan Chris Hemsworth EXTRACTION mencipta rekod menjadi filem Netflix yang paling ditonton sekali, penulisnya Joe Russo telah pun menandatangani perjanjian untuk menulis sekuelnya – melalui syarikat produksinya, AGBO.

  • KRITERIA NETFLIX – Menurut laman Deadline.com, Russo bersifat optimistik bahawa sutradara Sam Hargrave akan pulang menduduki kerusi pengarah dan Chris Hemsworth akan kembali sebagai askar upahan Tyler Rake – walaupun Netflix masih belum menandatangani kontrak-kontrak tersebut selagi Russo tidak menyiapkan skrip EXTRACTION 2.
Filem Netflix EXTRACTION
  • SEKUEL ATAU PREKUEL? – Masih tiada indikasi setakat ini sama ada filem EXTRACTION 2 bakal menjadi sekuel ataupun prekuel. Penghabisan filem Extraction yang terbuka kepada interpretasi penonton, membuka jalan untuk kepulangan Rake beraksi kembali di dalam sebuah sekuel. Namun, kehadiran beberapa watak di dalam filem Extraction yang menarik juga membenarkan fleksibiliti untuk menerokai dunia prekuel Tyler Rake bersama pasukan askar upahan yang terkorban.

“The deal is closed for me to write EXTRACTION 2, and we are in the formative stages of what the story can be. We’re not committing yet to whether that story goes forward, or backward in time. We left a big loose ending that leaves question marks for the audience.”

Joe Russo, Deadline.com, (Mei 2020)
  • HARAPAN RUSSO – Russo sememangnya berharap sutradara Sam Hargrave kembali untuk sekuel ini: “There was always a simple drive to the story, a balletic execution of action where you take a damaged character who made an egregious mistake in the past and has a shot at redemption which might be fatal. What was key is that we needed a muscular action director like Sam to be the main creative force in the execution of the action!”
  • REKOD NETFLIX 2020 – Untuk pembaca yang tidak arif, filem EXTRACTION memecahkan rekod sebagai filem Netflix dengan paling banyak penonton pada hari pertama penayangannya serta empat minggu pertama dengan anggaran 90 juta penonton. Rekod ini memecahkan rekod Netflix sebelum ini untuk filem-filem seperti Spenser Confidential (85 juta penonton), 6 Underground (83 juta penonton), Bird Box (80 juta penonton), dan komedi Adam Sandler/Jennifer Aniston Murder Mystery (73 juta penonton).
Filem Netflix EXTRACTION
Hemsworth kembali?

#Komen5KupangKu – Pada aku, data Netflix di atas adalah tidak begitu tepat kerana mereka mengubah cara metrik kiraan penonton mulai filem Extraction, Spenser Confidential dan 6 Underground untuk merangkumi data walaupun tontonan sependek dua minit sahaja! Metrik kiraan penonton bagi filem Bird Box dan Murder Mystery adalah berdasarkan tontonan filem sebanyak 70% atau lebih.

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan pelantar penstriman Netflix di:

Apakah harapan anda untuk filem Netflix EXTRACTION 2 nanti berdasarkan skrip nukilan pengarah-penerbit-penulis Joe Russo?

Bincangkan.

3 Shares:
You May Also Like