“There are three kinds of lies: lies, damned lies, and statistics.”

— Mark Twain, Chapters from My Autobiography, (1907).

Sempena tahun 2020 dan permulaan dekad baru ini, marilah kita berjaga-jaga dan mengelakkan diri daripada mewar-warkan berita palsu di laman media sosial. Laman Twitter gempar pada hari Ahad, 6 Januari 2020 dengan ura-ura bahawa pengedaran filem solo HULK dan NAMOR telah pulang semula daripada Universal Studios kembali kepada Marvel Studios:

  • Gejala #FakeNews pertama untuk tahun 2020 ini berasal daripada artikel yang diterbitkan oleh mcucosmic.com pada hari Sabtu, 4 Januari 2020 yang mengesahkan ura-ura ini tanpa menamakan sumber sebenar (modus operandi yang menjadi kebiasaan bagi laman-laman clickbait sebegini!).
  • Sejurus selepas itu, ura-ura ini dilaporkan oleh laman-laman clickbait yang terus menerbitkan berita palsu tersebut tanpa usul periksa yang lebih lanjut. Cara bahasa penulisan yang mentermakan ia sebagai “rumour” membolehkan laman-laman ini melaporkan ura-ura ini bagaikan ia seolah-olah benar.
  • Petua Untuk 2020: Lupakan sahajalah laman-laman clickbait dan individu kontroversi seperti mcucosmic.com dan Jeremy Conrad (@ManaByte) ini. Sekiranya berita MCU ini benar, laman-laman media yang berkredibiliti seperti Variety.com, Deadline.com dan The Hollywood Reporter semestinya akan mengesahkan berita ini dengan liputan mereka yang tersendiri.
  • Berdasarkan pengurusan Kevin Feige di Marvel Studios setakat ini, walaupun mereka tidak dapat membuat filem solo HULK kerana hak pengedaran keseluruh dunia bakal dikendalikan oleh Universal Studios sepenuhnya (Disney enggan berkongsi keuntungan dengan Universal) – namun HULK masih tampil di dalam MCU sebagai watak kameo.
Sumber: Seni Artis Ernesto Chan
  • Dengan itu, Feige dan Marvel Studios juga boleh menggunakan NAMOR sebagai watak kameo di dalam filem-filem mereka seperti mana mereka menggunakan HULK sebagai watak sampingan di dalam filem AVENGERS (2012), AVENGERS: AGE OF ULTRON (2015), THOR: RAGNAROK (2017), AVENGERS: INFINITY WAR (2018) dan AVENGERS: ENDGAME (2019).

#SoalanCepumas

Apakah harapan anda untuk watak kameo NAMOR di dalam semesta sinematik Marvel untuk Fasa Kelima MCU (tahun 2022 kehadapan) nanti?

Bincangkan.

3 Shares:
You May Also Like