Wawancara Eksklusif Bersama EMIR EZWAN Pengarah Filem ROH (2020)

Wawancara Eksklusif EMIR EZWAN Pengarah Filem ROH (2020)

“Jangan percaya dengan semua yang kau nampak atau dengar… dalam hutan!”

— Mak, ROH, (2020).

Filem bergenre seram ROH (SOUL) nukilan sulung penulis-pengarah Emir Ezwan yang diterbitkan oleh Kuman Pictures bakal menemui penonton di seluruh Malaysia mulai minggu ini.

Untuk pembaca yang tidak arif, Emir mula menempa namanya sebagai seorang pengarah dengan filem pendek yang berjudul RM10 pada tahun 2016 – yang disiarkan di pelbagai festival filem antarabangsa serta berjaya memenangi pelbagai anugerah di seluruh dunia.

Di dalam wawancara eksklusif bersama Emir Ezwan ini, kami membincangkan evolusi kariernya daripada penyelia VFX bagi filem ONE TWO JAGA dan MOTIF, kepada pengarah bagi filem pendek RM10 serta filem sulungnya ROH.

Di antara topik-topik menarik yang dibincangkan (minit dan saat):

  • 0:23 Karier Emir Ezwan Sebelum Menjadi Pengarah Filem
  • 0:60 Daripada Penyelia VFX Kepada Pengarah Video Muzik Dan Filem Pendek
  • 1:55 Kelainan Mengarah Video Muzik Dengan Mengarah Filem
  • 3:44 Disebalik Tabir Produksi Filem Pendek Pertamanya ‘RM 10’
  • 4:30 Reaksi Terhadap Kejayaan ‘RM 10’ Di Festival Filem Antarabangsa
  • 6:02 Inspirasi Disebalik Filem Sulungnya ‘ROH’ (2020)
  • 7:27 Pengalaman Disebalik Tabir Filem ‘ROH’ (2020)
  • 11:04 Harapan Pengarah Emir Ezwan Untuk Penonton ‘ROH’ (2020)
  • 12:25 Genre Impian Pengarah Emir Ezwan
  • 13:08 Pendapat Pengarah Emir Ezwan Tentang Pelantar Penstriman
  • 14:24 Kata Penutup

Filem ROH (SOUL) oleh pengarah Emir Ezwan bakal disiarkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 6 Ogos 2020.

Poster Dan Sinopsis Filem ROH (SOUL)

Poster filem ROH (SOUL) oleh Kuman Pictures.

“Satu keluarga daif yang menetap di pinggir hutan didatangi seorang budak perempuan yang membawa sebuah ramalan ngeri dan pelbagai peristiwa mistik!

ROH adalah filem sulung arahan sutradara Emir Ezwan (filem pendek “RM10“) yang dibintangi barisan pelakon seperti Farah Ahmad, Nam Ron, Mhia Farhana, Harith Haziq, Puteri Qaseh dan June Lojong.”

Sinopsis Filem ROH (SOUL)

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan filem-filem tempatan di:

Apakah harapan anda untuk filem seram ROH (SOUL) nanti yang ditulis dan diarah oleh tenaga kreatif Emir Ezwan?

Bincangkan.

#WawancaraEksklusif #filemROH #EmirEzwan #KumanPictures

22 Shares:
You May Also Like
Read More

#POPTrivia – Kameo ANNABELLE Dalam Filem AQUAMAN!

#SoalanCepumas - Adakah ini bermaksud bahawa DC Extended Universe dan The Conjuring Cinematic Universe sebenarnya berkait? Bagaimanakah patung Annabelle keluar daripada kotak berkuncinya? Siapakah yang membuang Annabelle ke dasar laut? Adakah Ed Warren sebenarnya Putera Raja Orm? Adakah syaitan yang menginapi patung Annabelle akan berleluasa di Atlantis nanti?