Menurut penerbit tersohor Kevin Feige yang diwawancara di upacara Golden Globes 2019 semalam, filem CAPTAIN MARVEL kini dalam proses pos-produksi terakhir:

Sempena tiket-tiket bagi CAPTAIN MARVEL untuk tayangan di Amerika Syarikat mula dijual diatas talian melalui Fandango.com hari ini, tiga foto rasmi versi HD daripada filem ini ditularkan!

Marvel Studios’ CAPTAIN MARVEL..Captain Marvel (Brie Larson)..Photo: Chuck Zlotnick..©Marvel Studios 2019

Penting untuk disedari bahawa ketika ketiga-tiga foto ini ditiriskan di laman Fandango, Empire dan Entertainment Weekly pada bulan lepas – watak yang dimainkan oleh pelakon Jude Law diklasifikasikan sebagai “Mar-Vell”.

Marvel Studios’ CAPTAIN MARVEL..L to R: Leader of Starforce (Jude Law) and Carol Danvers/Captain Marvel (Brie Larson)..Photo: Chuck Zlotnick..©Marvel Studios 2019

Sebaliknya, foto-foto rasmi versi HD kini mengklasifikasikan wataknya hanya sebagai “Leader of Starforce”. Kontroversi sama ada Jude Law memainkan peranan sebagai “hero-mentor Mar-Vell” ataupun “antagonis-pembelot Yon-Rogg” didalam filem ini berterusan…

Marvel Studios’ CAPTAIN MARVEL..L to R: Captain Marvel (Brie Larson), Leader of Starforce (Jude Law) and Att-Lass (Algenis Perez Soto)..Photo: Chuck Zlotnick..©Marvel Studios 2019

Filem CAPTAIN MARVEL bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 7 Mac 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang MCU di www.buzzpop.tv!

(Sumber: @MarvelStudios)

0 Shares:
You May Also Like