#FotoEsei – Sesi Beratur Untuk Tiket Percuma CAPTAIN MARVEL Fan Event!

Warga setia BuzzPopTV, Nik Amri Rosidi turun ke Singapura pada hari Ahad lepas untuk beratur bersama berduyun-duyun peminat tegar Marvel Studios – bagi menerima satu daripada beribu-ribu tiket PERCUMA untuk acara CAPTAIN MARVEL Fan Event yang akan berlangsung di Marina Bay Sands, Singapura hari Khamis ini!

Ini adalah pengalaman Nik ketika beratur untuk tiket percuma tersebut di dalam bentuk #FotoEsei

Pada hari Ahad lepas bersamaan 10 Februari 2019 – sekitar pukul 1:45 pagi (malam Sabtu, pagi Ahad) saya ke Marina Bay Sands, Singapura untuk mula beratur bagi tiket percuma CAPTEN MARVEL Fan Event.

Namun…jangan terpedaya dengan kelengangan di pintu gerbang ini….

….kerana walaupun baru pukul 1:45 pagi di hari Ahad (dan kaunter tiket hanya akan dibuka pada pukul 10 pagi nanti, sudah berdozen peminat tegar MCU terkumpul untuk bermalaman di sini!

Sempat posing lagi!

Selepas semalaman tidur di atas lantai ekspo Marina Bay Sands, foto-foto seterusnya menggambarkan keadaan pada pukul 7:05 pagi…

Pada pukul 8:30 pagi, kelihatan orang ramai yang terkumpul makin bertambah dengan wajah-wajah baru yang segar dan tidak tidur di lantai ekspo semalaman…

Pintu dewan ekspo hanya akan dibuka pada pukul 10 pagi dan keadaan orang ramai sekarang sudah bertambah sehingga melimpah-ruah – sampaikan penghujung kawasan luar dewan mula dibanjiri peminat tegar MCU…

PINTU DIBUKA AKHIRNYA!!!

Staf Marina Bay Sands bersedia untuk memproses khalayak ramai yang sudah menunggu semalaman untuk tiket percuma…

Syukur selepas hanya 15 minit beratur di dalam dewan ekspo (dan semalaman tidur di luar dewan dari pukul 1:45 AM)…saya berjaya mendaftar untuk tiket PERCUMA kepada CAPTAIN MARVEL Fan Event yang akan berlangsung pada hari Khamis, 14 Februari 2019!

“Ko ade?” 😉

0 Shares:
You May Also Like