#TriviaTV – Selami Dunia Sci Fi ISAAC ASIMOV Dengan Siri Apple TV+ FOUNDATION

FOUNDATION Apple TV+ Isaac Asimov Sci Fi TV Series

“For twelve thousand years the Galactic Empire has ruled supreme. Now it is dying. But only Hari Seldon, creator of the revolutionary science of psychohistory, can see into the future — to a dark age of ignorance, barbarism, and warfare that will last thirty thousand years. To preserve knowledge and save mankind, Seldon gathers the best minds in the Empire — both scientists and scholars — and brings them to a bleak planet at the edge of the Galaxy to serve as a beacon of hope for a future generations. He calls his sanctuary the Foundation.

But soon the fledgling Foundation finds itself at the mercy of corrupt warlords rising in the wake of the receding Empire. Mankind’s last best hope is faced with an agonizing choice: submit to the barbarians and be overrun — or fight them and be destroyed!”

— Isaac Asimov, FOUNDATION, (1951).

Treler acah untuk siri Apple TV+ Foundation ditularkan ketika Worldwide Developers Conference 2020 tempoh hari. Selepas 50 tahun, karya agung legenda Sci Fi Isaac Asimov akhirnya diadaptasikan ke kaca TV — mengisahkan tentang sebuah empayar futuristik di ambang kehancuran, serta percubaan sekumpulan pemberontak memelihara peradaban manusia untuk generasi seterusnya!

Trailer Acah Pertama Siri Apple TV+ FOUNDATION
  • ‘PSYCHOHISTORY’ – Treler acah ini memperkenalkan watak Hari Seldon (lakonan Jared Harris), seorang ahli matematik yang mencipta teori psychohistory berdasarkan the law of mass action dan statistical mechanics – untuk menilik masa hadapan dengan tepat. Malangnya, Seldon telah meramalkan kejatuhan Empayar Galaksi (sebuah kerajaan yang berjaya mengawal keseluruhan galaksi Bima Sakti selama 12,000 tahun) — menuju Zaman Kegelapan baru yang bakal menjatuhkan peradaban manusia selama 30,000 tahun!
  • ‘THE FOUNDATION‘ – Tilikan Seldon menyebabkan Maharaja Empayar Galaksi, Brother Day (lakonan Lee Pace) murka dan rela membuat apa sahaja untuk mendiamkan Seldon daripada merebakkan ideanya ke seluruh pelusuk Bima Sakti. Namun begitu, Hari Seldon mempunyai sebuah pelan licik untuk memelihara inovasi sains dan kebudayaan di dalam sebuah Galactic Encyclopedia supaya generasi masa hadapan dapat membina semula masyarakat secepat mungkin. Dengan pertolongan Gaal (lakonan Lou Llobell) dan sekutu yang lain, Seldon mencipta The Foundation – sekumpulan pemberontak yang bertekad untuk melindungi warisan terulung umat manusia… tanpa mengisahkan kos kepada nyawa dan jiwa mereka.
FOUNDATION Apple TV+ Isaac Asimov Sci Fi TV Series
Siri Novel Trilogi Asal FOUNDATION Oleh Legenda Sci Fi ISAAC ASIMOV
  • CERPEN – Novel trilogi Foundation dimulakan sebagai koleksi 8 cerpen yang ditulis oleh Asimov untuk penerbitan Astounding Magazine daripada bulan Mei 1942 sehingga Januari 1950. Pada tahun 1951, 4 cerpen pertama dijilidkan oleh Gnome Press menjadi novel pertama – Foundation. Cerpen-cerpen seterusnya dijilidkan secara berpasangan oleh Gnome Press – dua cerpen menjadi novel Foundation and Empire (1952) dan dua cerpen terakhir menjadi novel Second Foundation (1953). Novel trilogi Foundation merupakan satu pencapaian terulung bagi genre Sci Fi sehinggakan Isaac Asimov dinobatkan sebagai Bapa Sci Fi Moden dan trilogi ini dianugerahkan Hugo Award untuk The Best Series of All Time oleh World Science Fiction Society pada tahun 1966!
  • SEKUEL DAN PREKUEL – Pada tahun 1981, Asimov dipujuk oleh penerbitnya untuk menulis buku keempat, yang menjadi sekuel Foundation’s Edge (1982). Empat tahun kemudian, Asimov menulis sebuah lagi novel sekuel, Foundation and Earth (1986) diikuti novel prekuel Prelude to Foundation (1988) dan Forward the Foundation (1993) yang diterbitkan selepas kematian Asimov pada tahun 1992. Dengan itu, trilogi asal Foundation dikepilkan oleh dua novel prekuel sebelumnya dan dua novel sekuel selepasnya – menjadi sebuah siri novel 7-jilid yang lengkap.
Foundationnovels 1-7 Isaac Asimov
Siri Novel 7-Jilid FOUNDATION Oleh Legenda Sci Fi ISAAC ASIMOV
  • PROSES ADAPTASI 50 TAHUN – Selama 50 tahun sejak ia diterbitkan, karya agung Isaac Asimov ini telah menerima pelbagai percubaan untuk diadaptasikan oleh tenaga kreatif yang berwibawa di Hollywood seperti:
    • pengarah Roland Emmerich (Independence Day, Stargate);
    • penulis Jonathan Nolan (The Dark Knight, Interstellar);
    • studio New Line Cinema (francais The Lord of the Rings, siri filem Conjuring);
    • studio Columbia Pictures (Gattaca, Blade Runner 2049);
    • serta saluran HBO (siri TV Game of Thrones, siri TV Westworld).
  • Namun begitu, tiada siapa yang berjaya mengadaptasikan siri novel Sci Fi 7-jilid ini menjadi sebuah filem ataupun siri TV sehinggalah kini – berlandaskan kolaborasi di antara penulis berbakat David S. Goyer (Batman Begins, Man of Steel) dengan pembiayaan tanpa had daripada Apple TV+!

#Komen5KupangKu – Untuk pembaca yang tidak arif, siri novel Sci Fi futuristik Foundation diinspirasikan oleh kejatuhan Empayar Rom pada zaman dahulu kala. Inovasi yang dibawakan Asimov daripada segi mitologi yang menarik dan pembinaan duniawi yang padat menjadi sumber inspirasi kepada pelbagai karya-karya Sci Fi selepas era 1950-an – daripada novel Dune oleh Frank Herbert, kepada novel The Hitchhiker’s Guide to the Galaxy oleh Douglas Adams, serta siri TV Star Trek oleh Gene Roddenberry dan juga francais filem Star Wars Saga oleh George Lucas.

Sekiranya Asimov sebagai Bapa Sci Fi Moden tidak mencipta siri novel Foundation pada tahun 1951… adakah dunia akan masih teruja dengan lightsabers dan stun-phasers sehingga ke zaman sekarang? Adakah Hollywood akan masih rela membuat perjudian berjuta-juta Ringgit untuk francais filem Sci Fi seperti Dune (2020) dan Star Wars (2022)? Sumbangan Asimov kepada kejayaan genre Sci Fi sehingga dekad ini sememangnya tidak dapat disangkal lagi…

FOUNDATION Apple TV+ Isaac Asimov Sci Fi TV Series
Tiga Watak Utama Siri Novel Trilogi FOUNDATION – Hari Seldon, The Mule dan Arcadia ‘Arkady’ Darrell

Poster Dan Sinopsis FOUNDATION

Foundation Apple TV+ Poster

The future begins in 2021. Based on the award-winning novels by Isaac Asimov, FOUNDATION chronicles a band of exiles on their monumental journey to save humanity and rebuild civilization amid the fall of the Galactic Empire.

FOUNDATION stars Jared Harris as Hari Seldon; Lee Pace as Brother Day; Lou Llobell as Gaal; Leah Harvey as Salvor; Laura Birn as Demerzel; Terrence Mann as Brother Dusk; and Cassian Bilton as play Brother Dawn.

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan genre Sci Fi di:

Apakah harapan anda untuk siri Apple TV+ Foundation, adaptasi karya agung Isaac Asimov yang bakal disiarkan pada tahun 2021 nanti?

Bincangkan.

0 Shares:
You May Also Like