Treler terbaru versi Red Band untuk filem HELBOY telah ditularkan di laman Twitter @HellboyMovie!

HELLBOY – Red Band Trailer!

Macam nih lah yang Abang nak!!! Baru berbaloi pecat pengarah Guillermo del Toro untuk pengarah aksi R-rated Neill 'Dog Soldiers' Marshall, beb! ;)#Hellboy #RedBandTrailer #Rrated #MikeMignola #BuzzPopTV

Posted by BuzzPOP on Thursday, February 28, 2019

Akhirnya keputusan pencipta komik HELLBOY, Mike Mignola untuk memecat pengarah asal, Guillermo del Toro (Hellboy, Hellboy II: The Golden Army) dan menggantikannya dengan pengarah Neil Marshall (Dog Soldiers, Game of Thrones) mula kelihatan bagaikan satu pilihan yang penuh dengan inspirasi!

Treler Red Band terbaru yang R-rated ini 100% lain daripada adaptasi del Toro sebelum ini yang penuh fantasi dan kreativiti. Sebaliknya adaptasi Marshall lebih penuh dengan aksi R-rated yang ganas, penuh dengan elemen ‘gore’ dan komedi ‘dark humour’ – serasi dengan komik asal HELLBOY daripada Dark Horse Comics. Penulis amat teruja dengan elemen-elemen ‘éldritch horror’ ala Chtulhu yang hadir dalam iblis-iblis yang bakal Hellboy tempuhi nanti! Jom temui barisan pelakon yang menjayakan adaptasi lebih gelap dan ganas ini:

Pelakon David Harbour (dari siri TV STRANGER THINGS) sebagai Hellboy
Pelakon Milla Jovovich (dari siri filem RESIDENT EVIL) sebagai Nimue the Blood Queen
Pelakon Daniel Dae Kim (daripada siri Tv HAWAII 5-0) sebagai ejen B.P.R.D., Ben Daimio
Pelakon Sasha Lane sebagai ejen B.P.R.D., Alice Monaghan
Pelakon Alistar Petrie sebagai watak misteri

Sempena treler terbaru versi Red Band ini, laman Twitter @HellboyMovie juga mentularkan dua poster baru:

Filem HELLBOY bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 11 April 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang dunia sinematik HELLBOY di www.buzzpop.tv!

.

0 Shares:
You May Also Like