Laman media sosial gempar lewat malam Rabu dengan berita eksklusif daripada The Hollywood Reporter bahawa pelakon Henry Cavill telah dipecat oleh Warner Bros. (WB) daripada melakonkan watak Superman!

Punca utama berita mengejut ini bersangkut-paut dengan kegagalan Warner Bros untuk melibatkan Henry Cavill dalam sebuah babak kameo Superman didalam filem SHAZAM! yang bakal terbit pada 5 April 2019 nanti.

Perbincangan kontrak terbaru antara WB dengan ejen Henry Cavill, syarikat WME juga terbengkalai – kerana untuk dua tahun yang seterusnya (2019-2020) tiada projek SUPERMAN dirancangkan – selagi WB memberi fokus untuk menjayakan filem-filem AQUAMAN, SHAZAM dan WONDER WOMAN 1984 yang akan terbit sekitar 2018-2019; dan seterusnya filem-filem BIRDS OF PREY, THE FLASH dan BATMAN untuk tahun 2020 nanti.

Tanpa apa-apa sekuel MAN OF STEEL dalam perancangan WB sehingga 2020, pelakon Henry Cavill bertindak untuk mengambil projek adaptasi aksi hidup permainan video THE WITCHER menjadi siri tv 8-episod di Netflix baru-baru ini.

—–

Berita mengejut ini diikuti pula dengan ura-ura bahawa pelakon Ben Affleck juga akan meninggalkan tugas menjiwai watak Batman di layar perak.

Sejak pengarah berbakat Matt Reeves (‘Cloverfield’, ‘War For The Planet Of The Apes’) mengambil alih produksi filem BATMAN tahun lepas, penglibatan Ben Affleck dalam projek tersebut semakin berkurangan daripada hari ke hari.

Mula-mulanya Ben Affleck meninggalkan kerusi pengarah untuk digantikan oleh Reeves, kemudian tugasan skrip juga diambil alih oleh Reeves yang mempunyai visi berlainan daripada Affleck.

Kini Reeves ingin mencari pelakon yang lebih muda untuk menjiwai watak Batman didalam lakon layarnya – tentang Bruce Wayne berumur lewat 20-an/awal 30-an yang baru mula membanteras jenayah di kota Gotham dengan kemahiran detektifnya.

—-

Setakat ini, pelakon Jason Momoa, Gal Gadot dan Ezra Miller masih terikat secara kontrak dengan WB kerana filem-filem AQUAMAN, WONDER WOMAN 1984 dan THE FLASH masih dalam perancangan untuk diterbitkan antara 2018-2020.

#SoalanCepumas – Dengan jenama ‘Worlds Of DC’ yang kelihatan huru-hara kerana krisis meletus satu-persatu dalam tempoh 24-48 jam ini, apakah harapan anda untuk masa hadapan filem-filem DC Comics?

Bincangkan.

#Fired #HenryCavill #Superman #BenAffleck #Batman #WorldsOfDC #BuzzPopTV

(Sumber: @THR)

0 Shares:
You May Also Like