Watak animasi Princess Jasmine sememangnya terkenal dengan pemakaian klasiknya – baju dan seluar labuh berwarna biru turquoise yang dipakainya sepanjang Disney’s ALADDIN (1992). Namun dengan adaptasi watak animasi ini yang dilakonkan oleh Naomi Scott ke dunia filem aksi hidup oleh pengarah Guy Ritchie – ia membuka peluang untuk melakukan interpretasi moden bagi busana puteri Agrabah ini.

Liputan eksklusif majalah Entertainment Weekly mewawancara pelakon Naomi Scott dan pereka kostum Michael Wilkinson untuk mempelajari idea, motif, serta rekaan di sebalik busana baru Jasmine untuk babak-babak utama filem ini.

“When you’re designing the costumes for a live action film that’s based on animation, there’s an opportunity to take these characters and give them literally more depth and details, really think about them as fully-fleshed people with complex psychologies and interesting personalities, so it was wonderful to explore who Jasmine really was and be able to express that through her many costumes in the film.”

— Michael Wilkinson, Pereka Kostum, Disney’s ALADDIN

“The main conversation is structure versus freedom that I think is obviously the metaphor for her journey as a character. If she’s wearing something that’s structured and beautiful, it can’t just be the sake of it looking great, it needs to be connected to the story.”

— Naomi Scott, pelakon watak Princess Jasmine, Disney’s ALADDIN

Wilkinson mendapat ilham daripada pelbagai sumber untuk mencipta pakaian-pakaian yang secocok dengan budaya dan tamadun Arab, India dan Asia – inspirasi untuk kota Agrabah yang menjadi sebuah kota pelabuhan entrepot pada Jalan Perdagangan Sutera dahulu kala.

Disney’s ALADDIN is the exciting tale of the charming street rat Aladdin, the courageous and self-determined Princess Jasmine and the Genie who may be the key to their future.

— Sinopsis Filem Disney’s ALADDIN

Pengarah tersohor Guy Ritchie mengadaptasikan filem animasi Disney’s ALADDIN ke dunia aksi hidup berdasarkan skrip nukilan penulis John August (Big Fish) dan Vanessa Taylor (Game of Thrones). Barisan pelakon adaptasi ini termasuk pelakon Mena Massoud yang membintangi watak utama Aladdin, Will Smith sebagai the Genie, bintang Power Rangers Naomi Scott sebagai Jasmine, dan Marwan Kenzari sebagai antagonis terkutuk, Jafar.

Filem Disney’s ALADDIN bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 23 Mei 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang semesta sinematik aksi hidup Disney di www.buzzpop.tv!

0 Shares:
You May Also Like