Sebagai sebahagian daripada Siri Jelajah Global AVENGERS: ENDGAME barisan pelakon sekuel yang dinantikan ramai ini menjadi jemputan khas di rancangan Jimmy Kimmel Live. Untuk sesi pertama pada hari Isnin bersamaan 8 April 2019, pelakon Chris Hemsworth, Paul Rudd, Scarlett Johannson dan Robert Downey Jr. tampil bersama Jimmy Kimmel.

Agak kekok sebenarnya untuk melihat barisan pelakon AVENGERS: ENDGAME TIDAK bercakap tentang filem tersebut selama 17 minit! Nampaknya pihak Disney dan Marvel Studios amat tertib dalam menentukan tiada rahsia langsung akan terbongkar selama Siri Jelajah Global ini.

Sebuah segmen bersama Jimmy Kimmel Live yang lucu juga difilemkan yang mengandaikan peristiwa-peristiwa di dalam filem AVENGERS: INFINITY WAR bagaikan sebuah buku cerita kanak-kanak.

“The grave course of events set in motion by Thanos that wiped out half the universe and fractured the Avengers ranks compels the remaining Avengers to take one final stand in Marvel Studios’ grand conclusion to twenty-two films, AVENGERS: ENDGAME.”

Sinopsis Filem AVENGERS: ENDGAME

Diarah oleh Anthony dan Joe Russo, filem ini menonjolkan pelakon-pelakon seperti Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Chris Hemsworth, Scarlett Johansson, Jeremy Renner, Don Cheadle, Paul Rudd, Brie Larson, Karen Gillan, Danai Gurira, Benedict Wong, Jon Favreau, Bradley Cooper, Gwyneth Paltrow dan Josh Brolin.

Filem AVENGERS: ENDGAME bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 24 April 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang dunia sinematik MCU di www.buzzpop.tv!

0 Shares:
You May Also Like