#TriviaTV – Tahukah Anda Bahawa Ketawa JOKER ‘Terlekat’ Pada Pelakon Cesar Romero Selama-Lamanya?

Banner JOKER Cesar Romero

“A joke a day keeps the gloom away!”

— Cesar Romero, Joker, BATMAN: THE MOVIE (1966).

Sekiranya anda berfikiran bahawa watak Joker lakonan Joaquin Phoenix di dalam JOKER, mahupun Heath Ledger di dalam THE DARK KNIGHT adalah adaptasi versi terunggul untuk antagonis legenda BATMAN ini, anda masih belum menonton lagak Cesar Romero sebagai The Clown Prince of Crime di dalam siri TV BATMAN zaman 1960-an!

Enggan Mencukur Misai Kucingnya…

Ikuti pengalaman pelakon legenda Adam West (Batman) berganding bertentangan Cesar Romero (Joker) – pelakon Latin yang terkenal sebagai watak-watak hero filem romantik daripada zaman 1930-an kepada 1950-an. Mungkin ini sedikit sebanyak menerangkan lagak diva Romero di set penggambaran Batman:

Untuk pembaca yang tidak arif, daripada tahun 1966 kepada 1968, Cesar Romero melakonkan watak Joker di dalam siri TV Batman yang amat popular pada zaman itu. Keengganan Romero untuk mencukurkan misai kucingnya ketika memainkan watak Joker menyebabkan pihak produksi terpaksa akur akhirnya dan sekadar menutupnya dengan mekap putih Joker yang klasik.

Mengilai Kegilaan Sampai Terlekat!

Legenda ketawa JOKER lakonan Cesar Romero yang terlekat dengan ketawa Joker selama-lamanya...
Cesar Romero, Joker, BATMAN: THE MOVIE (1966)

Menurut legenda Hollywood zaman dulu, Romero ketawa mengilai kegilaan sebagai watak Joker terlalu lama di set penggambaran, sehinggakan ia mengubah suaranya – dan ketawa ikonik tersebut ‘terlekat’ pada Romero untuk selama-lamanya…

#Komen5KupangKu

Dahlah misai tak nak cukur…. main selamba jer selindung dengan mekap berwarna putih. Ada ke logik, Romero ketawa terbahak-bahak sebagai JOKER banyak kali sangat sampai suara terus serak dan dah tak boleh ketawa cara normal selama-lamanya?!

Lejen betul mamat Cesar Romero nih… 😅

(Sumber: @comicbook_trivia)

4 Shares:
You May Also Like