EKSKLUSIF – Watak Rahsia Julie Andrews Dalam AQUAMAN Tertiris!

“The seas are alive….with the sound of music!”

Entertainment Weekly mengesahkan berita eksklusif bahawa pemenang Oscar dan pelakon legenda Julie Andrews akan menyumbangkan suaranya kepada watak binatang gergasi yang mistik didalam filem AQUAMAN nanti bernama – “Karathen”.

Karathen ialah seekor ‘Gargantua’, haiwan bawah laut legenda yang beribu tahun umurnya – memegang kunci kepada misi Aquaman untuk membina keamanan antara dunia bawah laut Atlantis dengan seluruh dunia kembali.

#Komen5KupangKu – Agak unik untuk difikirkan bahawa suara legenda Julie Andrews ( ‘Sound of Music’, ‘Mary Poppins’ ) akan digunakan untuk menghidupkan watak seekor ‘kaiju’ di panggung layar nanti!

Lebih-lebih lagi apabila filem AQUAMAN dan MARY POPPINS RETURNS akan bertanding di pasaran box office sedunia pada bulan yang sama!

Siapakah yang bakal menawan kutipan box office sedunia nanti – AQUAMAN yang menampilkan kameo daripada Mary Poppins asal, Julie Andrews ataupun reboot terbaru Disney, MARY POPPINS RETURNS?

Bincangkan.

#Aquaman #Cameo #JulieAndrews #Karathen #WorldsOfDC #BuzzPopTV

(Sumber: @EW)

0 Shares:
You May Also Like