“Humans and dinosaurs are now gonna be forced to coexist. These creatures were here before us. And if we’re not careful, they’re gonna be here after. We’re gonna have to adjust to new threats that we can’t imagine. We’ve entered a new era. Welcome to Jurassic World!”

— Ian Malcolm, JURASSIC WORLD: FALLEN KINGDOM.

Pengarah JURASSIC WORLD, Colin Trevorrow mentiriskan filem pendeknya yang berjudul BATTLE AT BIG ROCK di saluran FX pada hujung minggu lepas (Ahad, 15 September 2019) dan mentularkannya di atas talian sejurus selepas itu.

Di dalam tempoh hanya 8.5 minit, Trevorrow berjaya memaparkan benua Amerika Utara selepas penghujung filem Jurassic World: Fallen Kingdom yang amat menggerunkan sekali! Tonton video di bawah untuk mengamati filem pendek tersebut:

Battle At Big Rock: A JURASSIC WORLD Short Film

Peristiwa di dalam filem pendek Battle at Big Rock di atas berlaku setahun selepas penghujung filem Jurassic World: Fallen Kingdom (2018) di Taman Negara Big Rock – di mana sebuah percutian perkhemahan berkeluarga bertukar menjadi mimpi ngeri penuh dengan pemangsa gergasi.

Untuk pembaca yang tidak arif, di penghujung sekuel 2018 itu dinosaur-dinosaur pelarian daripada Isla Nublar yang hancur kerana letusan gunung berapi – telah dilepaskan dari Lockwood Manor ke dunia luar oleh para hero yang terkumpul – untuk mengelakkan ia dilelong kepada negara-negara pengganas.

Jelas daripada filem pendek ini bahawa gergasi-gergasi pra-sejarah ini telah mula berleluasa di benua Amerika Utara!

“JURASSIC WORLD III will be focused storytelling with dinosaurs all over the world. We really wanted this technology, this genetic power, to go open-source at the end of JURASSIC WORLD: FALLEN KINGDOM (2018).

What we’re suggesting is not just that these specific animals that we care about that were in captivity were freed, but also that the ability to create these animals has gone a little bit wider than our friend Dr. Wu.

The open-sourcing of any technology, like nuclear power, that’s the scary side for me.”

Colin Trevorrow, Pengarah, JURASSIC WORLD

Filem JURASSIC WORLD III bakal ditayangkan di pawagam sedunia mulai 11 Jun 2021. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang semesta sinematik JURASSIC WORLD di www.buzzpop.tv!

(Sumber: @JurassicWorld)

7 Shares:
You May Also Like