“(10 jilid pertama) ULTRA QALIF nih sebenarnya… sekarang dah habis… ikutkan satu ‘season’ lah. Mungkin tahun nih… perancangan saya adalah untuk ‘develop’ ULTRA QALIF Season 2!”

— Kartunis Bophairy, ULTRA QALIF, (Jan 2020).

Ikuti wawancara eksklusif anjuran PEKOMIK ketika festival COMIC RIOT! 2020 minggu lepas, bersama dua artis tanahair disebalik kejayaan Komik-M (PTS) yang berjudul ULTRA QALIF: EDISI BUMPER – MISTERI KUARA – pencipta asal ULTRA QALIF Bophairy Baharum serta artis bagi komik ULTRA QALIF EX, Ben Wong.

Antara topik-topik bernas yang dibincangkan oleh Ben dan Bop di dalam wawancara eksklusif ini adalah:

  1. Tips Melukis Komik Lebih Efisien.
  2. Kaedah Melukis Komik – Manual Vs Digital.
  3. Peranan ‘Thumbnails’ Dalam Penceritaan.
  4. Peranan ‘Tema’ Dalam Penceritaan – Strategi Visualisasi Vs Strategi Penulisan.
  5. Perancangan Ben dan Bop untuk masa hadapan.

Kepada #KakiKomik yang berminat, anda kini boleh mendapatkan Komik-M ULTRA QALIF EDISI BUMPER – MISTERI KUARA di kedai-kedai buku diseluruh Malaysia yang terpilih (MPH, Popular, Kedai Buku PTS).

Terima kasih diucapkan kepada pihak PEKOMIK dan Komik-M (PTS) untuk undangan bagi memfilemkan wawancara eksklusif ini.

MAJULAH FANDOM UNTUK NEGARA!

#ComicRiot2020 #Pekomik #KomikM #Bophairy #BenWong #KakiKomik

3 Shares:
You May Also Like