Michael Keaton Dalam Perbincangan Untuk Pulang Ke DCEU Bermula Dengan Filem THE FLASH (2022)!

Michael Keaton The Flash (2022)

“Tell me something, my friend. You ever dance with the devil in the pale moonlight?”

— The Joker, BATMAN, (1989).

TERKINI: Peminat tegar DC Extended Universe (DCEU) dikejutkan dengan berita tergempar pagi ini, apabila laman The Hollywood Reporter (THR) mengesahkan bahawa pelakon veteran Michael Keaton kini di dalam proses perbincangan dengan pihak DC Films/Warner Bros. untuk memainkan watak Batman kembali bagi filem The Flash (2022)!

Michael Keaton THE FLASH (2022) A
  • BATMAN RETURNS! – Untuk pembaca yang tidak arif, pelakon veteran Michael Keaton pada asalnya memainkan watak Bruce Wayne A.K.A. Batman apabila francais filem Batman versi live-action dimulakan oleh studio Warner Bros. pada tahun 1989 – di bawah arahan Tim Burton (Beetlejuice, Edward Scissorhands). Keaton hanya menyandang watak Batman selama dua filem:
    • Batman (1989) menentang anasir jahat The Joker di Gotham City.
    • Batman Returns (1992) melawan aspirasi politikus The Penguin serta Catwoman.
  • DRAMA DISEBALIK TABIR – Menurut THR, pelakon Ezra Miller masih terikat untuk memainkan watak Barry Allen A.K.A. The Flash di dalam filem solonya yang tersendiri sejak penampilan kameonya di dalam filem Batman V Superman (2016) diikuti filem berkumpulan Justice League (2017).
    • Nampaknya, kes video viral Ezra Miller yang mabuk mencekik peminat perempuan pada bulan April 2020 tidak mempengaruhi kredibilitinya untuk menerajui filem ini langsung…
    • Projek The Flash (2022) akan diusahakan oleh pengarah Andy Muschietti (It, It Chapter Two) serta penulis Christina Hodson (Birds of Prey, Bumblebee). Mereka merupakan tenaga kreatif yang kelima yang terlibat dengan projek ini!
    • Untuk mempelajari tentang drama disebalik tabir The Flash (2022) serta empat tenaga kreatif sebelum mereka yang meninggalkan projek Flashpoint ini kerana ‘perbalahan kreatif’, klik link di sini.
Michael Keaton THE FLASH (2022) B
  • ‘NICK FURY ROLE’ – Menurut sumber THR, jika perbincangan dengan DC Films/Warner Bros. berjaya, Keaton bukan sahaja bakal pulang sebagai Batman untuk filem The Flash (2022)… tetapi juga untuk beberapa filem adiwira DC yang lain di masa hadapan! Peranan untuk pelakon veteran ini yang diimpikan oleh Warner Bros adalah bagaikan ‘Nick Fury untuk DCEU’ – pemandu plot makro di dalam DCEU di masa hadapan serta seorang mentor kepada barisan adiwira DCEU terbaru seperti Batgirl.
  • 3 SPEKULASI BAT-KEATON – Memandangkan Keaton bakal kembali ke DCEU sebagai Batman kembali mulai dengan filem The Flash (2022), ini adalah 3 spekulasi daripada kami di BuzzPopTV tentang Batman versi manakah yang bakal dimainkan oleh pelakon veteran, Michael Keaton:
    • THOMAS WAYNE/FLASHPOINT BATMAN – Sekiranya DC Films/Warner Bros. benar-benar mahu mengadaptasikan komik Flashpoint (2011) dan animasi Justice League: The Flashpoint Paradox (2013) ke lakon layar bulat-bulat… maka Keaton mungkin memainkan watak Thomas Wayne/Flashpoint Batman di dalam filem The Flash (2022) nanti! Namun, agak pelik jika difikirkan bahawa Keaton/Bruce Wayne 1989 bakal menjadi Keaton/Thomas Wayne 2022… Daripada berlakon sebagai anak, kini menjadi bapa pula?
    • OLD MAN WAYNE/BATMAN BEYOND – Pengarah Andy Muschietti pernah mengemukakan kepada media bahawa adaptasi Flashpoint-nya tidak akan 100% mirip dengan siri crossover komik 2011 yang asal ataupun adaptasi animasi 2013-nya… Maka, satu cara untuk memberi kelainan adalah sekiranya Keaton sebenarnya versi Old Man Wayne daripada masa hadapan (zaman Batman Beyond)! Adakah dunia Flashpoint versi Muschietti nanti bakal mencampur adukkan pelbagai elemen DC Comics dan Warner Bros daripad masa lampau sehingga kini?
    • BRUCE WAYNE/BATMAN 1989 – Bagaimana pula sekiranya Keaton kembali kepada DCEU sebagai watak yang mula-mula dimainkannya pada tahun 1989 – Batman 1989? Sebagai adiwira kedua yang di adaptasikan di dalam DCEU (selepas filem Superman 1978), watak Batman 1989 sememangnya cukup berpengalaman untuk menjadi mentor kepada barisan adiwira DCEU yang terbaru…
Michael Keaton THE FLASH (2022) C
  • KONSEP MULTIVERSE – Sama seperti filem Joker (2019) oleh Todd Phillips, filem The Batman (2021) oleh pengarah Matt Reeves yang dibintangi pelakon Robert Pattinson juga merupakan sebuah filem standalone yang tidak berkaitan dengan filem-filem DCEU yang lain. Namun, filem The Flash (2022) dengan tema Flashpoint-nya yang merentas masa dan dimensi bukan sahaja menawarkan peluang untuk ‘mencuci’ alur masa DCEU dan menggabungkan pelbagai era menjadi satu… tetapi juga bakal membina landasan baru untuk masa hadapannya!

#Komen5KupangKu – Jika ia benar bahawa pelakon Michael Keaton akan memainkan watak Thomas Wayne A.K.A. Flashpoint Batman di dalam filem The Flash (2022) nanti… aku hanya mempunyai suatu kekesalan – fakta bahawa pelakon Jeffrey Dean Morgan tidak akan beraksi di lakon layar sebagai Thomas Wayne A.K.A. Flashpoint Batman!

Jeffrey Dean Morgan THE FLASH (2022)

Namun begitu, sekiranya pengenalan Keaton ke dalam DCEU bakal membuka DC Films/Warner Bros. kepada konsep multiverse di masa hadapan nanti… harapan aku adalah ia bakal suatu hari nanti membawa kepada filem crossover yang paling epik sekali… CRISIS ON INFINITE EARTHS!

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik The Flash, Batman, serta DC Comics di:

Pada pendapat anda, versi Batman yang manakah yang bakal dimainkan oleh pelakon veteran Michael Keaton di dalam filem The Flash (2022) nanti?

Bincangkan.

0 Shares:
You May Also Like