#KOMIKINI | ULTIMATES Kembali, Pasukan SPIDER-MAN, Perjanjian DC Comics/Todd McFarlane!

Wah. Nampaknya Spider-Man makin lama makin mendapat mandat sebagai seorang ketua yang berwibawa sejak ramai kawan dalam Avengers dan Spider-Verse!

Dengan kehadiran jalan cerita komik Marvel, ‘THE WAR OF THE REALMS’ yang semakin hampir, Peter Parker bakal beraksi dengan pasukan baru menerusi judul komik baru – Spider-Man & The League of Realms!

Siri mini 3 isu tersebut ditulis oleh Sean Ryan dan dilukis Nico Leon untuk terbitan pada bulan April 2019.

#Komen2KupangKuTidak mustahil jika satu hari nanti Spider-Man bakal menggantikan Captain America atau Tony Stark sebagai Panglima Perang Avengers di masa-masa akan datang!

***

Anda masih ingat lagi Ultimate Marvel?

Judul-judul komik dibawah Semesta Ultimate terbitan Marvel telah dihasilkan bermula tahun 2000 hingga 2015 dengan penamatnya menerusi siri epik Secret Wars.

Sejak itu, beberapa watak utama dari semesta tersebut seperti Miles Morales dan Reed Richards telah berhijrah ke semesta utama Marvel Comics. Tiada judul baru dihasilkan selepas penamat Ultimate End (2015). Namun kebelakangan ini, penulis Donny Cates telah menunjukkan minat untuk menghidupkan kembali Semesta Ultimate Marvel!

Beliau kini sedang sibuk menyiapkan jalan cerita Marvel Knights 20, satu lagi terbitan ulangtahun yang pernah diperkenalkan bekas Ketua Editor Marvel (kini Ketua Pegawai Kreatif), Joe Quesada pada tahun 1998.

Untuk pengetahun pembaca yang tidak arif, 1 November 2020 akan menandakan ulangtahun terbitan Semesta Ultimate Marvel dengan pelancaran sulung Ultimate Spider-Man #1.

#Komen2KupangKuDiharapkan dengan idea jalan cerita dan kemunculan semula Ultimate Marvel ini dapat menyemarakkan kembali komik-komik Marvel malah lebih baik dari sebelum ini!

***

Batman, Superman, Wonder Woman dan kesemua watak ikonik DC Comics bakal mendapat tapak baru untuk melebarkan kekuasaan mereka!

McFarlane Toys, sebuah syarikat popular dan pemenang anugerah pembuat permainan mengumumkan kolaborasi eksklusif selama 3 tahun bersama Warner Bros. – mewakili DC Comics untuk barisan figura aksi DC Multiverse. Usahasama dan penghasilkan produk akan bermula seawal tahun 2020 dengan kenyataan di bawah dikeluarkan oleh CEO dan pemilik McFarlane Toys, Todd McFarlane:

“This partnership with Warner Bros. Consumer Products and DC will be great fun for my company, and a chance to deliver products that millions of fans of the DC brand have been asking for. The DC universe has captivated the world and to be able to play in that ‘sandbox’ now makes me feel like a kid all over again. I can’t wait to see what we can accomplish together.”

#Komen2KupangKuDiam tak diam, nampaknya tunduk juga Todd McFarlane pada tekanan urusniaga dunia korporat setelah bersumpah sebelum ini enggan bekerjasama dengan Marvel atau DC Comics walau apa jua keadaan sekalipun.

0 Shares:
You May Also Like