Lain yang kita usahakan, mungkin lain pula yang kita dapat!

Penulis Tom King yang kini sedang mencipta nama menerusi Batman dan Heroes in Crisis hampir-hampir menghasilkan komik Fantastic Four untuk Marvel Comics sebelum menandatangani kontrak eksklusif bersama DC Comics satu ketika dulu. Menurut satu kenyataan yang dibuat semasa mempromosi jalan cerita komik Batman terbaru bertajuk ‘Knightmare’:

“When I almost went to Marvel, before I got Batman.. I got very close to writing a Fantastic Four book. It tore me up not to be able to write that.”

Pada tahun 2016, beliau telah menandatangani perjanjian eksklusif bersama DC Comics sejurus selepas mengambil-alih tugas daripada penulis Batman asal Scott Snyder dalam fasa pengenalan era DC Rebirth.

#Komen2KupangKuBak kata pepatah “Kalau sudah ada rezeki itu, tidak akan kemana”. Begitulah yang terjadi pada Tom King sekarang setelah dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan otai dan legenda BATMAN lain seperti yang dapat anda lihat dalam foto di atas!

***

Oh. Apa sudah jadi?

Kesudahan untuk siri kegemaran ramai di bawah label DC Black Label, Batman: Damned nampaknya terpaksa ditunda dengan semua pesanan awal telah dibatalkan!

Dengan tarikh baru yang akan dipasarkan pada bulan Mei 2019, komik hasil tulisan dan lukisan dua legenda komik Brian Azzarello dan Lee Bermejo itu telah mendapat liputan luas media dan peminat setia setelah menghasilkan kontroversi besar pada edisi sulungnya.

Belum ada sebarang kenyataan media rasmi atau alasan penundaan terbitan tersebut telah dibuat setakat ini.


#Komen2KupangKuTetapi kalau berdasarkan pengalaman dan rekod prestasi, selalunya pelukis akan terbabas tarikh ‘deadline’. Tambah lagi kalau yang melukisnya nama besar macam Lee Bermejo, rasanya penerbit besar macam DC Comics pun tiada hal untuk tunggu lama asalkan siap!

***

Wolverine. Punisher. Venom. Elektra. Doctor Voodoo dan….. Conan?!!

Conan the Barbarian bakal berganding bahu dan bertegang urat dengan adiwira Marvel paling merbahaya dalam sejarah menerusi komik baru berjudul Savage Avengers!

Berdasarkan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh penulis komik tersebut Gerry Duggan awal hari ini:

“This is an unsanctioned team of heroes. It has to be something that visually makes sense to you and I think it does. Mike Deodato Jr. is illustrating this book in both worlds. We envisioned a threat, a magical green zone where the evil wizards of Conan’s world are trading spells with the Hand in Japan. Conan is on a very Conan-like mission: He’s heard a tale of an amulet so he’s chasing it and the evil magic sorcerers are doing something that would be a Marvel Avengers problem. It feels like we have found some very fertile ground that is a Venn diagram between those two worlds!”

Interaksi sulung Conan bersama dengan watak-watak Marvel akan berlaku menerusi siri komik Avengers: No Road Home #6 menjelang terbitannya hujung bulan Mac. Manakala Savage Avengers #1 oleh Gerry Duggan dan Mike Deodato dengan ilustrasi muka hadapan oleh David Finch akan hadir di pasaran Mei nanti oleh Marvel Comics.

#Komen2KupangKuMarvel memang pandai cari peluang dan duit. Selepas segala intipati cerita Star Wars kini kukuh dalam genggaman komik terbitan mereka, kini tiba pula giliran Conan untuk diperah dan digunakan ‘kaw-kaw’ selagi boleh setelah keluar daripada rumah terbitan Dark Horse Comics!

0 Shares:
You May Also Like