#KOMIKINI | Geng Baru Batman, Komik NARCOS, Luke Cage & Mjolnir?!

Dengan kehadiran komik Detective Comics #1000 yang padu dengan barisan penulis dan pelukis bintang bersempena naskah ulangtahun Batman ke-80 itu, sudah pastinya salah satu yang paling dinantikan adalah cerita daripada gandingan mantap Scott Snyder and Greg Capullo.

Duo dinamik yang mula mendapatkan pengiktirafan sejak bermula disatukan menerusi siri Batman era New 52 akan kembali dengan satu kisah yang memperkenalkan pasukan baharu yang dikenali sebagai ‘Detectives Guild’.

Sumber: Nerdist

Dibarisi oleh penyiasat-penyiasat handalan bertaraf adiwira seperti Hawkman, Hawkgirl, Martian Manhunter, Elongated Man, Detective Chimp, Slam Bradley, The Question, Traci Thirteen dan Batman sendiri, ia dilaporkan bakal menjadi pembuka gelanggang cerita untuk isu tersebut yang mempunyai ketebalan 96 halaman!

#Komen2KupangKuMakin lama makin nak berkawan pula Batman ni sejak tak jadi kahwin dengan Catwoman a.k.a. Selina Kyle!

***

Ini ada berita baik untuk peminat siri kartel kegemaran ramai, Narcos.

Drama jenayah dadah antarabangsa tersebut akan mendapat siri komiknya sendiri di bawah terbitan IDW Publishing menjelang April 2019 nanti.

Penulis Ryan Ferrier (G.I. Joe: Silent Option) dan pelukis Vic Malhotra (The X-Files) akan bertanggungjawab dalam penghasilan komik siri mini 4 isu tersebut yang dikatakan akan terlibat dengan kesinambungan langsung musim pertama. Ia memberi fokus kepada Agen DEA Steve Murphy dan Javier Peña dalam misi memburu dan menumbangkan empayar dadah Pablo Escobar atau lebih dikenali dengan gelaran ‘El Patrón‘.

#Komen2KupangKuDahsyat sungguh penangan cerita-cerita Netflix sejak kebelakangan ini! Hari tu Stranger Things jadi komik. Kali ni giliran Narcos pula. Apakah yang lain pula bakal menyusul dan yang mana satu menjadi idaman anda?

***

Dengan kerancakan promosi menuju peristiwa ‘The War of the Realms’ terbitan Marvel yang semakin memuncak sekarang, satu lagi pendedahan gempar telah mendapat perhatian kami!

Komik yang kami maksudkan itu adalah The War of the Realms Strikeforce: The Land of Giants #1!

Asgard. Alfheim. Heven. Jotunheim. Muspelheim. Niffleheim. Nidavellir. Svartalfheim. Vanaheim. All of the Ten Realms have fallen to Malekith and his army except one: Midgard. Home to Thor’s beloved humans. Home to heroes and gods alike. Now, at last, it burns. And Thor won’t even be there to see it. All hell breaks loose in New York City as Malekith and his allies begin their invasion — and the greatest heroes of the Marvel Universe watch as the Earth falls!

Sinopsis komik ‘The War of the Realms’ Strikeforce: The Land of Giants

Apa yang mengejutkan kami di sini adalah kelibat Luke Cage mengangkat Mjolnir dan Captain America memegang Jarnbjorn: Kedua-duanya senjata keramat dan perkasa milik Thor!

#Komen2KupangKu – Dalam cerita ‘The War of the Realms’ nanti, senjata apakah yang akan digunakan oleh Thor?

0 Shares:
You May Also Like