#KOMIKINI | Awek Baru ARCHIE, GIANT-MEN, Penamat BATMAN/TMNT!

Ini bakal menjadi gabungan pasukan superhero paling epik dan besar sekali untuk tahun 2019! Sebuah judul baharu Giant-Man akan dilancarkan tidak lama lagi rentetan daripada peristiwa ‘War of the Realms’.

Ia akan menampikan empat anggota adiwira bersaiz agam iaitu Giant-Man (Raz Malhotra), Goliath (Tom Foster), Ant-Man (Scott Lang) dan Atlas (Erik Josten).


Dihimpunkan oleh Freyja, keempat-empat mereka telah dihantar untuk satu misi merbahaya di Florida dalam menghalang dan menumbangkan angkatan perang Malekith yang telah menakluk negeri tersebut dengan nama ‘New Jotunheim’.Ia akan hadir sebanyak 3 isu siri mini dengan tulisan oleh Leah Williams dan lukusian Marco Castiello.

#Komen2KupangKuHabislah semua Gergasi dan Raksasa Ais Jotunheim kena pijak-pijak dan benam lumat oleh pasukan baru ni… Hahahaha!

***

Betty dan Veronica bakal berkawan dengan Red Sonja dan Vampirella?!

Setelah tertular menerusi media sosial semalam, Dynamite Entertainment kini dengan secara rasmi telah mengumumkan kolaborasi bersama mereka dengan Archie Comics – Red Sonja and Vampirella Meet Betty and Veronica.

Ia bakal dihasilkan oleh penulis Amy Chu (Red SonjaKISS: The End) dan pelukis Maria Laura Sanapo (DC Comics BombshellsCharmed) serta dijangka berada di pasaran pada bulan Mei 2019 nanti.

#Komen2KupangKuMakin lama makin berani dan radikal pula Archie Comics mencari peluang crossover!

***

Pusingan Terakhir!

James Tynion IV dan Freddie E. Williams II akan berganding bahu sekali lagi bersama pencipta Teenage Mutan Ninja Turtles, Kevin Eastman untuk penamat trilogi siri mini Batman/Teenage Mutant Ninja Turtles III oleh DC Comics, IDW dan Nickelodeon.

Siri mini 6 isu tersebut akan mula berada di pasaran pada 1 Mei, 2019 dan rasmi menjadi penutup dan penamat cerita sejak memulakan pengembaraan bersama pada 2015. Kali ini bukan sahaja Kevin Eastman akan melukis ilustrasi kulit muka hadapan malah akan menyumbangkan ilustrasi dalaman yang dilabel sebagai “pembuka ruang dan peluang baharu” untuk kisah masa hadapan!

#Komen2KupangKuApakah selepas kesudahannya nanti, jalan cerita gabungan Batman/TMNT ini kelak berkesinambungan dengan filem animasi mereka yang kebetulan keluar pada tahun yang sama? Kita tunggu dan lihat!

0 Shares:
You May Also Like