#KOMIKINI | SUPERBOY vs SUPERBOY, Rahsia DC REBIRTH, Treler Komik Baru Mark Millar!

Komik Superboy telah merujuk kepada kepada lebih dari seorang watak sejak kebelakangan ini. Daripada era DC New 52 sehinggakan ke DC Rebirth wujud dua watak bernama Superboy – Conner Kent (daripada komik The Death and Return of Superman pada zaman 1990-an) dan Jonathan Kent – anak kepada Clark Kent dan Lois Lane.

Connor Kent, Superboy

Dalam satu acara yang akan membabitkan kehadiran penulis Superman dan Young Justice, Brian Michael Bendis telah bercerita bagaimana kedua-dua versi Superboy ini bakal diformasikan tidak lama lagi:

Jonathan Kent, Superboy

“Jon and Conner will meet and work that out. On panel. PROMISE. There will be some rebranding and some new looks. Change is good!”

Brian Michael Bendis, SUPERMAN, YOUNG JUSTICE.

Lebih menarik, salah satu di antara mereka bakal mendapat nama dan identiti baharu supaya pembaca tidak lagi terkeliru dengan dua versi Superboy dalam satu semesta. Bendis bagaimana pun tidak mendedahkan watak yang mana satu akan mendapat nama atau identiti baharu.

#Komen2KupangKuKami meramalkan bahawa ia akan terdedah menerusi komik Action Comics #1008 (27 Februari) ataupun komik Young Justice #3 (6 Mac) nanti!

***

Isu komik Doomsday Clock isu #11 yang bakal diterbitkan pada pertengahan 2019 nanti akan mendedahkan rahsia dan pendedahan sebenar di sebalik ‘crossover’ DC Rebirth!

Ini termasuk segala susur galur cerita yang berlaku di antaranya termasuk siri pelintang (crossover) Batman/The Flash iaitu “The Button” yang menjadi mukadimah kepada Doomsday Clock serta pengenalan kepada kemasukan dunia Watchmen ciptaan Alan Moore dan Dave Gibbons ke dalam semesta perdana DC Comics.

#Komen2KupangKu – Walaupun komik crossover ini semakin lanjut melepasi deadline asalnya, kami teruja menunggu-nunggu pendedahan besar ini yang dijanjikan oleh Otai DC Comics legenda, Geoff Johns dan pelukis berbakat Gary Frank! 

***

Tonton treler rasmi untuk komik terbaru tulisan Mark Millar dan Simone Bianchi berjudul Sharkey the Bounty Hunter:

#Komen2KupangKuGandingan pelukis berbakat Simone Bianchi dan penulis kontroversial, Mark Millar untuk pelantar penstriman Netflix bakal menjanjikan suatu komik yang lain daripada yang lain!

0 Shares:
You May Also Like