#KOMIKINI | Dark Guardian, Previu Free Comic Book Day, Kematian Dalam UNCANNY X-MEN?

Minggu ini, komik Guardians of the Galaxy #2 telah berada di pasaran dan memperkenalkan pasukan baru yang dinamakan Dark Guardians!

Perubahan status quo Guardians of the Galaxy ini adalah rentetan daripada pelbagai tragedi dan onar yang berlaku sejak acara Infinity Wars tahun lalu yang bermula dengan krisis identiti Gamorra.

Mereka yang sedar dan mahu sesuatu yang drastik perlu dilaksanakan telah dengan sebulat suara menubuhkan Dark Guardians: Gabungan pasukan elit tahap kosmik yang bertindak lebih agresif berbanding pasukan Guardians of the Galaxy sebelum ini.

Gladiator, Eros, Nebula, Cosmic Ghost Rider dan Wraith adalah anggota Dark Guardians tersebut dengan bantuan Hulubalang Empayar Shi’ar, Plutonia dan M’Nell!

Misi sulung mereka selepas ditubuhkan: Cari dan bunuh Gamorra!

***

Marvel hari ini telah mendedahkan kulit muka hadapan untuk edisi Free Comic Book Day Spider-Man/Venom #1 bersempena acara tahunan Free Comic Book Day 2019 tidak lama lagi.

Ianya dihasilkan oleh Ryan Stegman (Venom, Amazing Spider-Man: Renew Your Vows) dengan penampakan kelibat agam Carnage yang secara dasarnya merupakan rujukan kepada siri komik Maximum Carnage yang pernah popular pada tahun 90an dulu.

Di sudut kanan bawah, kita dapat melihat Spider-Man versi Peter Parker dengan Spider-Man versi Miles Morales sedang ‘bertegang urat'(?).

***

Kematian, maut dan ajal merupakan sesuatu yang lazim dalam keluarga X-Men. Peristiwa tersebut nampaknya bakal berulang lagi dalam isu Uncanny X-Men #17 untuk keluaran Mei 2019 nanti dengan bayangan Cyclops dan Wolverine sedang berdiri serta berkabung di sisi sebuah pusara.

Tanpa sebarang indikasi nama di batu nisan kubur tersebut, ianya kekal menjadi teka-teki dan tanda tanya buat ramalan para pembaca sehinggalah komik tersebut berada di pasaran kelak.

0 Shares:
You May Also Like